PENGIKUT SEJATI

Tuesday 13 April 2010

BOOK STATION di SMART KIDS 2010

BOOK STATION telah mengambil bahagian dalam program SMART KIDS 2010 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 9 April hingga 11 April 2010, bertempat di PWTC, KUALA LUMPUR. Pelbagai acara dan jualan menarik telah diaturkan khas untuk pengunjung-pengunjung yang datang terutama sekali murid-murid sekolah dan kanak-kanak.


Pentas utama SMART KIDS yang menjadi tempat berlangsungnya upacara perasmian SMART KIDS 2010.


Antara buku-buku yang dijual di booth Book Station. Selain buku dan komik, terdapat juga barangan lain di jual di sana.



Kartunis Clay yang terkenal dengan komik Kachigo sedang melukis untuk peminat-peminatnya.



Antara komik yang terdapat di gerai Book Station.



Kartunis Aliow yang melukis komik OKA bergambar dengan dua peminatnya.



Clay dan Aliow sedang sibuk melayan peminat mereka.


Peminat-peminat OKA juga tidak ketinggalan mendapatkan tandatangan daripada kartunisnya, TOTORO.


Kami di Book Station mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkunjung di booth kami. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan ^_^


Entry ini di pos oleh Fadzillah

Monday 12 April 2010

Vacancies

BOOK STATION is recruiting numberous part-time English Readers promoters to assist in sales and promotion at major domestic book fairs like KLIBF and Bookfest@Malaysia. Attractive remuneration packages is offered (basic salary + commission + food).

Requirements:
* have great interest in books
* speak fluent English

Englsih teachers and graduates / students of TESL (or relevant field) are most welcome.
Interested candidates, please e-mail your CVs to tglian75@yahoo.com.cn

Posted by Editor of One Nusantara Sdn. Bhd., GL Tan

Wednesday 7 April 2010

Pekerja Dikehendaki

Anda berminat dan berbakat dalam bidang penerbitan novel dan komik?

Kini One Nusantara sedang mencari editor, penulis, pereka grafik dan jurujual yang berbakat untuk bekerjasama dengan kami!


Hubungilah kami dengan segera!

Diposkan oleh Editor One Nusantara Sdn. Bhd., Tan Giek Lian

Sunday 4 April 2010

INGIN MENULIS BERSAMA KAMI?

Anda berminat dan berbakat dalam bidang penulisan novel? Kini One Nusantara sedang mencari penulis-penulis yang berbakat untuk menulis dengan kami. Berikut adalah syarat-syarat penulis yang diperlukan:-

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Karya mestilah asli bukan ciplak atau terjemahan dari mana-mana karya/novel lain.
  • Kreatif dalam menyampaikan jalan cerita yang mantap, bermesej, bermoral, ada nilai agama dan menarik.
  • Tidak terikat dengan mana-mana syarikat penerbitan lain.
  • Berkomitmen tinggi dan boleh menyiapkan manuskrip dalam masa yang ditetapkan.
  • Anggaran ketebalan manuskrip ialah antara 300-350 muka surat dan ditaip di atas kertas A4. Jenis font Times New Roman, bersaiz 12 dan dilangkau 2 baris.
  • Tema: misteri & penyiasatan, cinta remaja, seram dan sains fiksyen.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Pengurus Penerbitan dan Hak Cipta
One Nusantara Sdn. Bhd.Lot 34A,
Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 ½ Jalan Kepong
52000 Kuala Lumpur
Tel: 03-6250 3396
Fax: 03-6250 9300