PENGIKUT SEJATI

Tuesday 13 April 2010

BOOK STATION di SMART KIDS 2010

BOOK STATION telah mengambil bahagian dalam program SMART KIDS 2010 yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 9 April hingga 11 April 2010, bertempat di PWTC, KUALA LUMPUR. Pelbagai acara dan jualan menarik telah diaturkan khas untuk pengunjung-pengunjung yang datang terutama sekali murid-murid sekolah dan kanak-kanak.


Pentas utama SMART KIDS yang menjadi tempat berlangsungnya upacara perasmian SMART KIDS 2010.


Antara buku-buku yang dijual di booth Book Station. Selain buku dan komik, terdapat juga barangan lain di jual di sana.



Kartunis Clay yang terkenal dengan komik Kachigo sedang melukis untuk peminat-peminatnya.



Antara komik yang terdapat di gerai Book Station.



Kartunis Aliow yang melukis komik OKA bergambar dengan dua peminatnya.



Clay dan Aliow sedang sibuk melayan peminat mereka.


Peminat-peminat OKA juga tidak ketinggalan mendapatkan tandatangan daripada kartunisnya, TOTORO.


Kami di Book Station mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkunjung di booth kami. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan ^_^


Entry ini di pos oleh Fadzillah

No comments: