PENGIKUT SEJATI

Monday 31 May 2010

Jom Serbu Read Malaysia 2010

Read Malaysia kembali lagi. One Nusantara akan turut serta mengambil bahagian dalam Read Malaysia yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 4 Jun – 13 Jun 2010
Masa: 11 pagi – 10 malam
Tempat: MIECC, Mines Resort City
No Gerai: F19 – F22

Temui juga penulis-penulis Astana Novella iaitu Nurfa (Aku, Dia & Gitar), Ilmar Imia (Budak S.M.A.R.T) dan Izan Ali (Buku Bunga-bunga) di booth kami pada:

Tarikh: 05/06/2010 (Sabtu)
Masa: 3.30 pm– 4.30 pm

Tarikh: 06/06/2010 (Ahad)
Masa: 1.30 pm- 2.30 pm

Tarikh: 12/06/2010 (Sabtu)
Masa: 2.30 pm - 3.30 pm

Tarikh: 13/06/2010 (Ahad)
Masa: 1.30 pm-2.30 pm

Jumpa di sana!



ditulis oleh Fadzillah

Wednesday 26 May 2010

Mengimbas Kembali Pesta Buku Kelantan 2010

Pesta Buku Kelantan 2010 telah berlangsung pada 26 April hingga 2 Mei 2010 yang lalu di Dewan Jubli Perak MPKB, Padang Perdana Kota Bharu. Bookstation juga tidak terlepas memeriahkan pesta buku kali ini dengan membuka gerai di sana.

Antara buku-buku yang dijual sempena Pesta Buku Kelantan 2010.

Aliow (pelukis komik OKA) juga tidak ketinggalan hadir ke sana.

Aliow sedang menunjukkan skill melukisnya kepada adik-adik yang datang.

Antara para pengunjung di gerai Bookstation yang sempat dirakam.


Aliow menyerahkan hadiah kepada salah seorang Pegawai Pendidikan Negeri Kelantan yang turut hadir ke gerai Bookstation.
Terima kasih kepada semua pengunjung Bookstation di Pesta Buku Kelantan 2010. Tahun depan jumpa lagi... ^_^

ditulis oleh: Fadzillah

Tuesday 4 May 2010

GAMBAR SEKITAR PELANCARAN ASTANA NOVELLA DI PWTC

Pada 27 Mac 2010 yang lalu, One Nusantara telah membuat majlis pelancaran Novel Astana Novella di PWTC seiring dengan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2010. Majlis yang berlangsung selama satu jam di Dewan Kedah-Johor itu diserikan dengan kehadiran seorang penulis novel terkenal iaitu Ahadiat Akashah untuk melancarkan 3 novel terbaru kami iaitu Aku, Dia & Gitar oleh Nurfa, Budak Smart oleh Ilmar Imia dan Buku Bunga-bunga oleh Izan Ali.


Wakil daripada One Nusantara menyampaikan cenderahati kepada Ahadiat Akashah yang dijemput untuk melancarkan tiga novel terbaru Astana Novella.

Sempat bergambar sebelum majlis tamat


p/s: Jangan lupa dapatkan 3 novel kami di pasaran sekarang atau melalui kedai buku online kami di Bookstation