PENGIKUT SEJATI

Monday 31 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Harapan Terulung

Judul: Harapan Terulung

Teks asal oleh: Charles Dickens

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-12-0

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 154 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Pip ialah seorang anak yatim piatu yang baru belajar menjadi tukang besi di kampungnya. Dia mahu menjadi seorang lelaki budiman. Tanpa disangka, sebuah wasiat misteri mengubah hidupnya. Dia meninggalkan kampung untuk menjadi seorang lelaki budiman yang kaya dan berilmu. Pip sudah lama mahu mengahwini Estella, anak angkat Cik Havisham yang aneh. Namun, kehidupan baharu Pip musnah apabila Abel Magwitch, seorang banduan yang pernah memaksanya mencuri muncul semula dalam hidupnya. Adakah permintaan Abel Magwitch akan menggagalkan harapan terulung Pip?

Friday 28 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Peperangan antara Dunia

Judul: Peperangan antara Dunia

Teks asal oleh: Herbert George Wells

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-11-3

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 146 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Bumi dijajah! Bandar raya dimusnahkan, manusia melarikan diri dalam keadaan panik dan perkampungan hancur. Bebola api dari planet Marikh menghentam Bumi dan sebuah kapal ganjil yang tidak pernah dilihat mendarat. Kemudian, kapal ganjil tersebut menghancurkan semua objek seperti manusia dan bangunan sepanjang pergerakannya. Kapal ganjil itu tidak dapat dihentikan.

Manusia berada dalam keadaan paling bahaya dalam sejarah. Mampukah dunia diselamatkan daripada malapetaka itu?

Tuesday 25 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Judul: Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Teks asal oleh: Robert Louis Stevenson

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-10-6

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 138 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, MPH Bookfair, Popular Bookfest, Read Malaysia


Sinopsis:

Dr. Henry Jekyll mempercayai bahawa manusia mempunyai dua personaliti. Justeru, dia mereka sejenis ubat untuk memisahkan dua personaliti tersebut dan menguji ubat tersebut pada dirinya sendiri. Lalu muncullah jelmaan personaliti tersembunyi Dr. Jekyll, iaitu Encik Hyde. Encik Hyde menampilkan personaliti jahat Dr. Jekyll yang merupakan seorang pembunuh yang ganas. Mampukah Dr. Jekyll yang mulia menangani Encik Hyde yang jahat? Adakah dia akan menjadi mangsa kepada personaliti tersembunyinya sendiri?

Thursday 20 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Lelaki di Sebalik Topeng Besi

Judul: Lelaki di Sebalik Topeng Besi

Teks asal oleh: Alexandre Dumas

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-09-0

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 154 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Setelah berpisah selama 30 tahun selepas suatu pengembaraan, D’Artagnan dan askar senapang lantak bergabung semula dan kembali beraksi. Kali ini ada antara mereka yang terlibat dalam penggantian raja Perancis dengan kembarnya!

Ikuti pengembaraan untuk membebaskan seorang tahanan bangsawan dari Penjara Bastille. Bukan itu sahaja, malah novel ini juga lebih saspens sewaktu plot penukaran takhta raja sebenar dengan kembarnya sehingga menyebabkan raja sebenar menjadi amat murka. Seterusnya, mereka yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan raja menghadapi kesukaran akibat dendam si raja.

Monday 17 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Tiga Sekawan Askar Senapang Lantak


Judul: Tiga Sekawan Askar Senapang Lantak

Teks asal oleh: Alexandre Dumas

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-08-3

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 146 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: www.bookstation.com.my

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Pertempuran tercetus antara tiga orang askar senapang lantak dalam kisah fantastik yang penuh dengan pengembaraan dan romantis ini. Mari kita ikuti kisah kadet muda, D’Artagnan yang bersatu dengan Tiga Sekawan Askar Senapang Lantak, Athos, Porthos dan Aramis yang bergelut untuk menyelamatkan maruah Permaisuri Anne daripada komplot jahat Kardinal Richelieu bersama pengintip-pengintipnya yang amat berbahaya.

Friday 14 October 2011

Ulasan Novel "Janji Julia" dalam Berita Harian



PERNAHKAH anda bayangkan apakah yang akan berlaku kepada negara kita menjelang 40 tahun akan datang? Pastinya pelbagai gambaran bermain di minda seperti sebahagian kita membayangkan Malaysia semaju Amerika Syarikat yang memiliki teknologi tercanggih dan kepakaran dalam segala bidang.

Namun, novel Janji Julia karya Maria Kajiwa mengupas persoalan itu daripada perspektif berbeza yang pastinya membuka minda pembaca untuk bersedia menghadapi apa juga kemungkinan pada masa hadapan.

Mengambil latar masa pada 2050, Janji Julia membayangkan negara yang huru-hara dan lumpuh disebabkan perebutan kuasa dan ancaman wabak berbahaya.

Baca ulasan penuhnya di sini.

Thursday 13 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Alice di Alam Fantasi

Judul: Alice di Alam Fantasi

Teks Asal oleh: Charles Lutwidge Dodgson

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-07-6

Saiz Buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 168 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: www.bookstation.com.my

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Melihat seekor arnab di dalam sebuah taman ialah satu perkara biasa. Namun apabila Alice melihat arnab yang siap berpakaian dan boleh bercakap seperti manusia, dia mengekori arnab itu untuk mengetahui dari mana datangnya arnab yang pelik itu. Tanpa diduga, dia mengalami pengalaman yang paling aneh serta pengembaraan yang penuh dengan kejutan. Jom, ikuti Alice dan bertemu dengan watak-watak yang unik dan aneh pada setiap halaman buku ini!

Monday 10 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Denai Oregon


Judul: Denai Oregon

Teks Asal oleh: Francis Parkman

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-06-9

Saiz Buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 130 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Alamilah pahit getir pengembaraan dalam Denai Oregon bersama Francis Parkman dan kumpulannya. Kenalilah penduduk asal Oregon dan kembaralah bersama sekumpulan puak Indian Sioux… Ayuh, memburu bison, mendengar lolongan serigala, melihat ular orok-orok, anjing prairie dan antelop serta mengharungi ribut petir yang ganas. Bersedialah untuk menghadapi kehebatan pengembaraan di Amerika Barat yang tidak mungkin dapat dinikmati lagi.