PENGIKUT SEJATI

Tuesday 27 December 2011

Selamat Menyambut Hari Krismas & Tahun Baru 2012

Salam 1 Malaysia kepada pembaca dan pengunjung yang tidak jemu-jemu memberi sokongan anda di Facebook kami dan email. Kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kalian semua dalam memupuk sifat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Terima Kasih!!!

Kepada mereka yang beragama Kristian, Selamat Menyambut Hari Krismas, yang pasti mereka akan mendapat hadiah yang banyak, kalau ada lebih hadiah itu, jangan malu-malu untuk hulurkan kepada kami. Menyambut perayaan ini dengan semangat 1 Malaysia menjadikan kita lebih unik dan kukuh berbanding dengan negara-negara lain. Walaupun berlainan agama dan bangsa, tetapi itu tidak menghalang rakyat Malaysia meraikan Hari Krismas dengan harmoni dan sejahtera.

Dan tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut Tahun 2012, 2011 akan menjadi kenangan. Samada kenangan indah, atau kenangan tidak indah, pastikan anda sentiasa bergembira dalam setiap laku dan perbualan. Ini bukan sahaja merangsang otak melepaskan tekanan,ianya juga membantu dalam perhubungan antara kawan-kawan, famili dan oarang-orang sekeliling kita. Ayuh, kita melangkah dengan berani ke TAHUN BARU 2012!!!

Friday 16 December 2011

Ulasan Novel "Pemuja Rahsia" dalam Berita Harian



MEMBACA novel Pemuja Rahsia, karya Ilmar Imia, pasti kenangan remaja bertamu dalam minda. Masakan tidak, novel yang mengisahkan ketaksuban gadis remaja terhadap seseorang sehingga sanggup melakukan apa saja, pasti pernah dilalui dalam realiti kehidupan pembaca.

Berbanding novel remaja lain yang klise kisah cinta remajanya, Ilmar Imia memaparkan kelainan, sesuai dengan petikan di belakang novel ini, "Meminati seseorang dalam diam adalah perkara biasa bagi pelajar sekolah, namun bagaimana jika orang yang dipuja itu menjadi idaman ramai?" - menggambarkan bahawa pujaan hati watak utama ini bukanlah daripada golongan biasa.

Walaupun perwatakan Krisya Norsabrina dipaparkan sebagai seorang yang sangat taksub terhadap pujaan hatinya, suka berlengah dalam hal pelajaran, gemar melayari Internet sehingga hampir kandas dalam peperiksaan, namun sewajarnya jangan dinilai sisi negatif watak ini.

Baca ulasan penuhnya di sini.

Tuesday 13 December 2011

Novel ON di MPH, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Tinjauan novel-novel ON di kedai buku MPH, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur sehingga 12 Disember 2011...


ASTANA FANTASIA




SIRI KUCING TRIWARNA



Siri Astana Novella pula bercampur aduk dengan novel-novel remaja terbitan syarikat lain. Jadi, perlu pandai-pandai cari ya. Jika tidak berjumpa juga, tanyakan kepada jurujual di sana, okey?

Friday 2 December 2011

Temui Kami di Karnival MPH 2011



Buat julung-julung kalinya, kami akan berada di Karnival MPH 2011 pada 8-12 Disember ini bertempat di Mid Valley Exhibition Centre. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan terbitan kami seperti novel dan komik dengan harga istimewa serta beramah mesra bersama novelis kami. Kunjungi gerai kami yang bernombor 1027 di Hall 1.