PENGIKUT SEJATI

Thursday 4 August 2011

Comic Club Fantasy Blue

Judul: Comic Club Fantasy Blue

Cerita/ilustrasi: Various artist

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-63-2

Halaman: 136 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Menampilkan tiga buah cerita pendek yang bertemakan fantasi untuk si jejaka, iaitu "The Last Appendix" oleh Zaionic, "Psycho Bear" oleh Prema-Ja dan "Asura" oleh Nonworld.

The Last Appendix (Zaionic)

Vir, seorang budak lelaki yang bosan dengan kesibukan dunia telah menemui roh yang berada dalam topeng "Ghon" di dalam bilik stor di rumah datuknya. Penemuan ini telah menjadi titik permulaan pada satu pengembaraan pertarungan untuk menyelamatkan dunia ini


Psycho Bear (Prema-Ja)

Kisah seekor beruang psiko yang merancang untuk menonton wayang di sebuah panggung wayang gred B pada waktu 00:00 pagi. Tanpa diduga, suatu kisah yang mendebarkan telah bermula!


Asura (Nonworld)

Asura dan Wayu merupakan dua sahabat seguru di sebuah pusat latihan pahlawan bertopeng muka. Mereka telah berjanji akan bersama-sama memasuki upacara penerimaan topeng muka. Apabila salah satu pihak tidak mampu menunaikan janji ini, maka apakah penamat hubungan persahabatan ini?

Wednesday 3 August 2011

Comic Club Fantasy Red

Judul: Comic Club Fantasy Red

Cerita/Ilustrasi: Various artist

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-62-5

Halaman: 120 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Menampilkan tiga buah cerita pendek yang bertemakan fantasi untuk si gadis, iaitu "Putera Mancis dengan Bunga Matahari" oleh PYX Group, "Parallel Angel" oleh kanda Wangdee dan "Alice in Murderland" oleh Nair.


Putera Mancis dengan Bunga Matahari (PYX Group)

Kisah pengembaraan oleh Putera Mancis dengan bidadari kecil yang ingin mencari jawapan kepada suatu persoalan. Benarkah bunga matahari ialah bunga yang amat sombong sehingga menyebabkan kesengsaraan matahari dan mancis seperti yang diceritakan turun-temurun? Ikuti karya terbaru PYX Group, pelukis "The Trainee Cupid".


Parallel Angel (Kanda Wangdee)

Kevin dan Karter ialah roh jalanan yang bertukar menjadi dewa pelatih yang dipanggil Parallel Angel. Mereka ditugaskan untuk menghasilkan mimpi dengan menarik keluar roh manusia yang berada dalam kekeliruan dan membawanya pergi ke suatu dunia lain agar mimpi yang terhasil itu akan mewujudkan pemikiran positif kepada manusia tersebut. Karya terkini Kanda Wangdee, pelukis "Open" dan "See You in My Dream".


Alice in Murderland (Nair)

Alice, gadis muda yang termasuk ke dalam dunia dark fantasy. Dia dituduh terlibat dalam kes pembunuhan dan diburu oleh rakyat dan para pegawai di sana. Apakah punca dia dituduh? Ikutilah ceritanya. Dihasilkan oleh Nair, pelukis kulit buku yang hebat!

Monday 1 August 2011

Salam Ramadan daripada Warga ON



Kami, warga kerja One Nusantara Sdn Bhd, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Semoga ibadah puasa pada kali ini dapat dijalani dengan lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

Jangan lupa mendapatkan buku-buku baru kami di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan MPH di seluruh Malaysia atau layari http://www.bookstation.com.my/.