PENGIKUT SEJATI

Thursday 10 July 2014

Lanun Penakluk Lautan




Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia...

Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun White. Beego hidup bersama-sama dengan lanun untuk seketika. Apakah yang berlaku antara mereka?

Kompas Columbus yang dapat membawa Beego kembali ke zaman sekarang dirampas oleh Blackbeard. Beego berazam merampas kompas itu kembali. Para lanun percaya, sesiapa yang memiliki kompas tersebut akan menjadi lanun yang paling hebat. Peperangan meletus kerana perebutan kompas Columbus!

Selain mengembara bersama Beego, pembaca juga dapat mengetahui cara lanun mencari harta, cara untuk belayar, denda yang kejam terhadap kelasi, punca kajatuhan lanun dan banyak lagi cerita yang tidak diketahui ramai.

Adakah anda bersedia untuk mengetahui legenda dunia dengan cerita yang mendebarkan dan lucu ini? Apakah yang anda tunggu lagi? Cepatlah dapatkan buku ini!

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Monday 7 July 2014

Keluarga Bakhil 3: Kuasai Seni Menabung



Pada pendapat anda, bagaimana kita dapat menjadi kaya?

Sesetengah orang berpendapat bahawa orang kaya mempunyai cara rahsia dalam memperoleh wang atau mempunyai sumber kewangan yang tidak kehabisan. Namun, semua tanggapan ini adalah salah. Kebanyakan orang kaya pernah berfikir sepanjang malam kerana kehilangan satu sen. Mereka pernah bersusah payah untuk menjimatkan satu sen juga.

Jika ingin menjadi kaya, anda harus mempelajari cara-cara keluarga Bakhil menjimatkan setiap sen yang diperoleh.

Kisah 'Kuasai Seni Menabung' dalam siri 'Keluarkga Bakhil' menceritakan pengalaman Keluarga Bakhil yang berusaha gigih untuk membeli rumah. Keluarga Bakhil ialah keluarga yang bersemangat dalam berjimat cermat dan bersatu padu. Dalam buku ini, mereka akan menunjukkan keupayaan mereka sebagai golongan penjimat dalam pengurusan dan penjimatan kewangan.


Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Friday 4 July 2014

Keluarga Bakhil 2: Berusaha Menjadi Kaya




Kebanyakan orang ingin menjadi kaya. Namun, mimpi tidak akan terjadi dalam realiti.

Bagaimanakah untuk menjadi kaya? Adakah kita akan menjadi kaya dengan asyik berjimat cermat dan menabung? Pada hakikatnya, ada strategi-strategi untuk menjadi kaya.

Sudah tentu kita harus berjimat cermat. Namun, kemahiran dalam pengurusan wang dan pelaburan juga amat penting.

Ini ialah kali kedua kita bertemu dengan Dol Rong sekeluarga. Dalam buku 'Berusaha Menjadi Kaya' ini, mereka bukan hanya golongan penjimat yang tahu berjimat cermat, malah mereka mencuba sedaya upaya untuk menambah kekayaan melalui pengurusan wang dan pelaburan yang cekap.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.