PENGIKUT SEJATI

MENGENAI KAMI

Kumpulan Penerbitan Gemilang (KPG) ditubuhkan pada tahun 2000 dan merupakan salah satu penerbit yang utama di Malaysia. Kini syarikat tersebut mempunyai pelbagai jenis produk buku termasuk buku akademik dan bahan bacaan di bawah anak syarikatnya TERBILANG BUKU.

KPG juga giat dalam menghasilkan komik kanak-kanak dan telah mendapat status pasaran yang kukuh. Kini, komik OKA dan Kachigo dalam bahasa Melayu muncul antara komik kanak-kanak yang paling diminati.

Sayap penerbitan komiknya KOMIKKU DAIICHI mempunyai pelan yang agresif serta dinamik untuk terus memartabatkan komik-komik hasil pelukis-pelukis tempatan di samping memperkenalkan karikatur luar negara yang merangkumi pelbagai tema menerusi bahasa Melayu.

ONE NUSANTARA sebuah lagi anak syarikatnya yang memfokuskan pada terbitan bahan bacaan dan novel remaja hasil penulis-penulis tempatan dan telah menerbitkan tiga buah buku novel remaja  Tiga garapan penulis-penulis baru yang telah dilancarkan di KLIBF 2010.

Syarikat tersebut juga dijangka akan membawa masuk novel fantasi detektif Jepun buat pertama kalinya dalam bahasa Malaysia pada tahun yang sama.

Kini, Book Station diwujudkan bagi memudahkan penjualan produk-produk KPG secara online dan sebagai usaha mendekati hati dan jiwa para pembaca.