PENGIKUT SEJATI

Wednesday 23 November 2011

Teaser Novel "Pemuja Rahsia"


"Woi, Azan! Apa kau cakap tadi? Kau cakap lagu Petir sampah?" marah Krisya Norsabrina. Sesedap mulut dia saja kata lagu Petir sampah. Lagu dengan sampah pun tak tahu nak beza ke?

"Kenapa? Kau ada masalah?" Azan Fitri menentang Krisya Norsabrina. Apa hal pula minah ni? Tiba-tiba saja nak marah. Petir tu abang dia ke?

"Lagi sekali aku dengar kau kutuk Petir, siap kau!" tegas Krisya Norsabrina.

"Suka hati akulah. Mulut aku. Kau sibuk kenapa?" balas Azan Fitri. Aku ada mulut. Suka hati akulah nak cakap apa pun.

"Mestilah aku sibuk sebab kau mengata Petir aku."

"Kau ingat Petir tu bagus sangat ke?"

Baru ada nama sikit, dah berlagak bagus padahal tak adalah hebat mana pun. Muka pun tak semegah. Entah apalah yang peminat dia orang suka sangat.

"Memang mereka bagus pun. Hanya orang yang buta muzik macam kau saja yang tak pandai nak membezakan lagu dengan sampah. Kasihan... ada otak tapi tak pandai berfikir. Nama saja sedap tapi perangai macam setan." Krisya Norsabrina sudah mula menunjukkan taringnya. Memang silaplah siapa yang mengutuk Petir di hadapannya.



*Dapatkan novel ini di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan cawangan MPH seluruh Malaysia atau kedai buku online, Bookstation.

Monday 21 November 2011

Teaser Novel "Ilham"





Ilham,



Saya hargai awak bagi surat kat saya. Tapi saya agak pelik kenapa awak nak sangat berkenalan dengan saya. Lagipun kalau saya nak cari boyfriend, mestilah saya nak cari orang yang hensem. Perut pun tak ke depan macam perut awak. Rambut pun tak selekeh macam rambut awak



Awak ingat, dengan muka awak yang macam tu, saya terpikat ke nak berkenalan dengan awak? Saya rasa, baik awak buang dulu mana-mana lemak yang terlebih tu. Pastu, beli dulu Fair n Lovely banyak-banyak.


Saya malas nak tulis panjang-panjang. Awak fikirlah sendiri ye...



Yati




*Dapatkan novel ini di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan cawangan MPH seluruh Malaysia atau di kedai buku online, Bookstation.

Thursday 10 November 2011

Teaser Novel "Buku Bunga-bunga"



Dia memandang sekeliling. Takut kalau-kalau ada pengawas bertugas yang sedang membuat rondaan. Setelah dia memastikan tiada orang yang melihatnya, dia membuka beg sekolah Anuar. Buku teks lagi, buku latihan dan bekas pensel Transformers. Memang pada mulanya, dia sendiri menahan ketawa apabila melihatkan mamat maco itu menggunakan bekas pensel tersebut. Saiful dan Azmi juga menggunakan bekas pensel yang sama. Memang budak bertiga itu terencat akal agaknya.

Tiara memegang sebuah buku yang menarik perhatiannya. Buku nota bunga-bunga itu memang lain daripada buku-buku yang ada. Dia bertambah pelik apabila buku bunga-bunga itu berada di dalam beg sekolah pelajar lelaki...


*Dapatkan novel ini di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan cawangan MPH seluruh Malaysia atau kedai buku online, Bookstation.

Tuesday 8 November 2011

Teaser Novel "Budak SMART"


"Husy, bengang betul aku dengan budak baru tu!" Shafik menghentak gelas plastik di meja kantin itu. Melepaskan geramnya.

"Yalah, aku pun bengang tengok budak Shamsul tu. Baru seminggu di sini, dah nak tunjuk lagak! Dia fikir dia dari KL, dia hebat sangatlah tu? Boleh jalanlah!" sokong Iqbal.


"Apa kita nak buat dengan dia sekarang?" Shafik meminta pendapat. Mereka perlu berbuat sesuatu agar pelajar baru itu tidak mencampuri urusan mereka bertiga lagi.

"Kita ajar dia sikit. Biar dia tahu," Iqbal memberikan cadangan.

"Nak ajar macam mana?" Shafik dan Iqbal memandang Azrizal. Mereka saling berpandangan. Hairan dengan sikap berdiam diri teman mereka yang seorang itu.


"Riz, kenapa kau diam saja?" Shafik menyiku Azrizal. Dari tadi mereka sibuk berbincang, dia boleh buat dek saja?

"Tak ada apalah. Aku tengah berfikir ni," ujar Azrizal. Memang dia geram. Kalau Athira tidak ada tadi, sudah lama budak Shamsul itu makan penumbuknya. Mengapalah budak baru itu suka sangat hendak menyibuk halnya? Adakah dia pernah menyakitkan hati budak baru itu tanpa sengaja? Tidak ada rasanya. Kenal pun tidak. Entah apa masalah budak baru itu.

"Fikir macam mana nak ajar dia?" Shafik mengagak.

"Habis tu, kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu saja?"

"Jadi, apa rancangan kau?"


"Rancangan aku..." Azrizal tersenyum penuh makna.

*Dapatkan novel ini di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan cawangan MPH seluruh Malaysia atau kedai buku online, Bookstation.

Wednesday 2 November 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Ahli Sihir dari Bumi Oz

Judul: Ahli Sihir dari Bumi Oz

Teks asal oleh: Lyman Frank Baum

Diadaptasi oleh: J. T. Toon

ISBN: 978-967-0320-13-7

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 130 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Dari rumahnya di Kansas, Dorothy dibawa oleh angin puting beliung ke sebuah dunia lain, iaitu Bumi Oz. Bumi itu penuh dengan keajaiban. Di sana, orang-orang boleh bercakap manakala singa boleh menangis. Ikutilah pengembaraan Dorothy menyusuri Jalan Berbata Kuning ke Istana Oz bersama kawan-kawannya yang tidak dapat dilupakan.

Apabila mereka sampai di sana, mereka mendapati keadaan di situ bukanlah seperti yang dibayangkan!