PENGIKUT SEJATI

Showing posts with label bahan bacaan. Show all posts
Showing posts with label bahan bacaan. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

Lanun Penakluk Lautan




Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia...

Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun White. Beego hidup bersama-sama dengan lanun untuk seketika. Apakah yang berlaku antara mereka?

Kompas Columbus yang dapat membawa Beego kembali ke zaman sekarang dirampas oleh Blackbeard. Beego berazam merampas kompas itu kembali. Para lanun percaya, sesiapa yang memiliki kompas tersebut akan menjadi lanun yang paling hebat. Peperangan meletus kerana perebutan kompas Columbus!

Selain mengembara bersama Beego, pembaca juga dapat mengetahui cara lanun mencari harta, cara untuk belayar, denda yang kejam terhadap kelasi, punca kajatuhan lanun dan banyak lagi cerita yang tidak diketahui ramai.

Adakah anda bersedia untuk mengetahui legenda dunia dengan cerita yang mendebarkan dan lucu ini? Apakah yang anda tunggu lagi? Cepatlah dapatkan buku ini!

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Wednesday, 6 November 2013

Astana Klasik: Pengembaraan Sherlock Holmes



Penulis: Arthur Conan Doyle
Penterjemah: Aimi Fazlah

Sinopsis
Tiga orang yang berada dalam kesusahan datang ke 221b Baker Street di London untuk meminta nasihat dan pertolongan daripada Sherlock Holmes dan Dr. Watson. Selepas mendengar cerita-cerita mereka yang kedengaran pelik, penuh misteri dan tidak masuk akal, Holmes dan Dr. Watson tetap mencari jalan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Detektif handal tersebut menggunakan kebolehan luar biasanya dalam memerhati dan memahami kes yang rumit. Seterusnya, dia menyelesaikan kes-kes tersebut dengan cara yang tidak diduga.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Friday, 1 November 2013

Astana Klasik: Peter Pan


Penulis: James Matthew Barrie
Penterjemah: Aimi Fazlah

Sinopsis
Dalam kisah Peter Pan, budak-budak belajar untuk terbang, ikan duyung bebas bermain dan budak-budak lelaki yang tersesat akhirnya menemui jalan kembali ke rumah mereka.

Semua ini berlaku di sebuah pulau yang dipanggil Neverland. Wendy dan dua orang adik lelakinya baru sampai di pulau itu. Peter Pan ialah ketua di situ. Semua orang menghormati Peter Pan, seorang budak yang berani, bijak dan kuat. Peter Pan ingin kekal sebagai kanak-kanak selama-lamanya. Dia berkawan dengan puak orang asli di Neverland, memburu binatang liar dan berlawan dengan lanun yang diketuai oleh Kapten Hook yang jahat. 

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Thursday, 31 October 2013

Astana Klasik: Pengembaraan Robinson Crusoe



Penulis: Daniel Defoe
Penterjemah: P.Y. Tong

Sinopsis
Ribut yang mengganas di lautan memecahkan kapal Robinson Crusoe. Hanya dia yang terselamat. Dia terdampar di sebuah pulau yang sunyi.

Dia menggunakan semua kekuatan dan kebijaksanaannya untuk terus hidup dalam keadaan yang paling sukar. Dia terpaksa berlawan dengan perasaan sunyi, menjinakkan haiwan liar, berlawan dengan kanibal dan menghadapi pelbagai bahaya selama 24 tahun untuk terus bernafas.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Wednesday, 30 October 2013

Astana Klasik: Pengembaraan Gulliver



Penulis: Jonathan Swift
Penterjemah: Izan Ali

Sinopsis:
Lemuel Gulliver ialah seorang doktor yang menyukai pengembaraan. Apabila bersetuju untuk menjadi doktor kapal, dia mendapat lebih daripada apa yang diharapkannya.

Peristiwa kapal pecah membuatkan dia terdampar di pulau asing yang didiami oleh orang-orang sebesar jarinya. Mereka mengagumi saiznya seperti dia mengagumi mereka. Namun, itu hanyalah permulaan kepada pengembaraan Gulliver. Sebelum berjaya pulang ke rumah, dia terpaksa menempuhi banyak pengembaraan yang menarik dan mendebarkan... 

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Tuesday, 29 October 2013

Astana Klasik: Kisah Misteri dan Seram



Penulis: Edgar Allan Poe
Penterjemah: Aiza Farzah

Sinopsis
Kisah seram lagi mengerikan ini penuh dengan peristiwa yang tidak masuk akal, dendam, cinta dan tanda tanya. Karakter yang terdapat dalam kisah ini seolah-olah hidup dan menjerit meminta tolong di hadapan mata.

Bunyi jantung berdegup kencang menghadapi saat kematian jelas kedengaran di telinga. Rintihan sayu lelaki yang ditanam hidup-hidup dan imbasan kelibat wanita muda yang bangkit daripada kematian sangat mendebarkan. Ikuti setiap langkah percubaan meleraikan kod yang rumit sebelum menemui harta karun yang tersimpan kemas di dalam perut bumi.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Monday, 28 October 2013

Astana Klasik: Frankenstein

Penulis: Mary Shelley
Penterjemah: H.L. Teh 

Sinopsis
Pertempuran epik antara manusia dan gergasi mencapai kemuncak dalam cerita Frankenstein. Cubaan mencipta nyawa oleh pelajar muda yang bernama Victor Frankenstein menghasilkan suatu gergasi berkuasa yang tidak dapat dikawalnya.

Hal ini seterusnya mengakibatkan kejadian tragik berlaku satu demi satu. Victor cuba sedaya upaya untuk memusnahkan ciptaannya apabila semua orang yang dikasihinya dibunuh oleh gergasi tersebut...

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.