PENGIKUT SEJATI

Showing posts with label Klasik Dunia Berilustrasi Manga. Show all posts
Showing posts with label Klasik Dunia Berilustrasi Manga. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Ahli Sihir dari Bumi Oz

Judul: Ahli Sihir dari Bumi Oz

Teks asal oleh: Lyman Frank Baum

Diadaptasi oleh: J. T. Toon

ISBN: 978-967-0320-13-7

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 130 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Dari rumahnya di Kansas, Dorothy dibawa oleh angin puting beliung ke sebuah dunia lain, iaitu Bumi Oz. Bumi itu penuh dengan keajaiban. Di sana, orang-orang boleh bercakap manakala singa boleh menangis. Ikutilah pengembaraan Dorothy menyusuri Jalan Berbata Kuning ke Istana Oz bersama kawan-kawannya yang tidak dapat dilupakan.

Apabila mereka sampai di sana, mereka mendapati keadaan di situ bukanlah seperti yang dibayangkan!

Monday, 31 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Harapan Terulung

Judul: Harapan Terulung

Teks asal oleh: Charles Dickens

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-12-0

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 154 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Pip ialah seorang anak yatim piatu yang baru belajar menjadi tukang besi di kampungnya. Dia mahu menjadi seorang lelaki budiman. Tanpa disangka, sebuah wasiat misteri mengubah hidupnya. Dia meninggalkan kampung untuk menjadi seorang lelaki budiman yang kaya dan berilmu. Pip sudah lama mahu mengahwini Estella, anak angkat Cik Havisham yang aneh. Namun, kehidupan baharu Pip musnah apabila Abel Magwitch, seorang banduan yang pernah memaksanya mencuri muncul semula dalam hidupnya. Adakah permintaan Abel Magwitch akan menggagalkan harapan terulung Pip?

Friday, 28 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Peperangan antara Dunia

Judul: Peperangan antara Dunia

Teks asal oleh: Herbert George Wells

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-11-3

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 146 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Bumi dijajah! Bandar raya dimusnahkan, manusia melarikan diri dalam keadaan panik dan perkampungan hancur. Bebola api dari planet Marikh menghentam Bumi dan sebuah kapal ganjil yang tidak pernah dilihat mendarat. Kemudian, kapal ganjil tersebut menghancurkan semua objek seperti manusia dan bangunan sepanjang pergerakannya. Kapal ganjil itu tidak dapat dihentikan.

Manusia berada dalam keadaan paling bahaya dalam sejarah. Mampukah dunia diselamatkan daripada malapetaka itu?

Tuesday, 25 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Judul: Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Teks asal oleh: Robert Louis Stevenson

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-10-6

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 138 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, MPH Bookfair, Popular Bookfest, Read Malaysia


Sinopsis:

Dr. Henry Jekyll mempercayai bahawa manusia mempunyai dua personaliti. Justeru, dia mereka sejenis ubat untuk memisahkan dua personaliti tersebut dan menguji ubat tersebut pada dirinya sendiri. Lalu muncullah jelmaan personaliti tersembunyi Dr. Jekyll, iaitu Encik Hyde. Encik Hyde menampilkan personaliti jahat Dr. Jekyll yang merupakan seorang pembunuh yang ganas. Mampukah Dr. Jekyll yang mulia menangani Encik Hyde yang jahat? Adakah dia akan menjadi mangsa kepada personaliti tersembunyinya sendiri?

Thursday, 20 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Lelaki di Sebalik Topeng Besi

Judul: Lelaki di Sebalik Topeng Besi

Teks asal oleh: Alexandre Dumas

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-09-0

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 154 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Setelah berpisah selama 30 tahun selepas suatu pengembaraan, D’Artagnan dan askar senapang lantak bergabung semula dan kembali beraksi. Kali ini ada antara mereka yang terlibat dalam penggantian raja Perancis dengan kembarnya!

Ikuti pengembaraan untuk membebaskan seorang tahanan bangsawan dari Penjara Bastille. Bukan itu sahaja, malah novel ini juga lebih saspens sewaktu plot penukaran takhta raja sebenar dengan kembarnya sehingga menyebabkan raja sebenar menjadi amat murka. Seterusnya, mereka yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan raja menghadapi kesukaran akibat dendam si raja.

Monday, 17 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Tiga Sekawan Askar Senapang Lantak


Judul: Tiga Sekawan Askar Senapang Lantak

Teks asal oleh: Alexandre Dumas

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-08-3

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 146 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: www.bookstation.com.my

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Pertempuran tercetus antara tiga orang askar senapang lantak dalam kisah fantastik yang penuh dengan pengembaraan dan romantis ini. Mari kita ikuti kisah kadet muda, D’Artagnan yang bersatu dengan Tiga Sekawan Askar Senapang Lantak, Athos, Porthos dan Aramis yang bergelut untuk menyelamatkan maruah Permaisuri Anne daripada komplot jahat Kardinal Richelieu bersama pengintip-pengintipnya yang amat berbahaya.

Thursday, 13 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Alice di Alam Fantasi

Judul: Alice di Alam Fantasi

Teks Asal oleh: Charles Lutwidge Dodgson

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-07-6

Saiz Buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 168 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: www.bookstation.com.my

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Melihat seekor arnab di dalam sebuah taman ialah satu perkara biasa. Namun apabila Alice melihat arnab yang siap berpakaian dan boleh bercakap seperti manusia, dia mengekori arnab itu untuk mengetahui dari mana datangnya arnab yang pelik itu. Tanpa diduga, dia mengalami pengalaman yang paling aneh serta pengembaraan yang penuh dengan kejutan. Jom, ikuti Alice dan bertemu dengan watak-watak yang unik dan aneh pada setiap halaman buku ini!

Monday, 10 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Denai Oregon


Judul: Denai Oregon

Teks Asal oleh: Francis Parkman

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-06-9

Saiz Buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 130 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Alamilah pahit getir pengembaraan dalam Denai Oregon bersama Francis Parkman dan kumpulannya. Kenalilah penduduk asal Oregon dan kembaralah bersama sekumpulan puak Indian Sioux… Ayuh, memburu bison, mendengar lolongan serigala, melihat ular orok-orok, anjing prairie dan antelop serta mengharungi ribut petir yang ganas. Bersedialah untuk menghadapi kehebatan pengembaraan di Amerika Barat yang tidak mungkin dapat dinikmati lagi.

Monday, 18 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 8 - Deruan Angin di Pepohon Willow

Judul: Deruan Angin di Pepohon Willow

Teks Asal oleh: Kenneth Grahame

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-53-6

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Haiwan yang hidup di Tebing Sungai mengajak kita mengikuti mereka untuk membongkar kisah kehidupan harian mereka yang sama seperti manusia. Terlompat-lompat ke sana sini, berkawan sambil bergembira, kemudian ditimpa masalah. Ikutilah saat-saat huru-hara angkara Sang Kodok yang sombong dan mementingkan diri sendiri, kemudian terlepas daripada Si Tikus Tanah, Sang Badger dan Si Tikus Air.

Dalam alam semula jadi ini juga berlaku gangguan yang berbahaya daripada penghuni Hutan Liar serta ciptaan dunia moden. Pengembaraan yang menakjubkan dan aneh sedang menunggu anda dalam klasik kanak-kanak yang terbaik ini.

Friday, 15 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 7 - Orang Halimunan

Judul: Orang Halimunan

Teks Asal oleh: Herbert George Wells

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-54-3

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Perkampungan yang sunyi, ribut salji yang tebal, lelaki misteri... semua ini menggugat kedamaian penduduk pekan itu. Siapakah gerangan orang itu? Seorang lelaki mencurigakan yang sentiasa menutup wajahnya daripada dilihat oleh orang ramai.

Apabila lelaki itu berhadapan dengan mereka, lebih banyak persoalan yang timbul berbanding dengan jawapan. Lebih-lebih lagi timbul perasaan takut yang tidak terkata apabila pencerobohan dan pembunuhan menjadi-jadi di pekan itu.

Akhirnya, penyelesaian kepada keadaan ini bergantung kepada seorang lelaki. Dia perlu merungkaikan misteri dan menghentikan amukan dalam membongkar identiti Si Halimunan yang tidak berwajah itu!

Thursday, 14 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 6 - Pengembaraan Huckleberry Finn

Judul: Pengembaraan Huckleberry Finn

Teks Asal oleh: Samuel Langhorne Clemens

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 968-967-5270-53-6

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Huckleberry Finn berjaya melepaskan diri daripada ayahnya, seorang pemabuk yang cuba merampas harta kekayaannya. Bersama temannya, Jim, seorang hamba abdi dalam pelarian, mereka mengembara menyusuri Sungai Mississippi dengan menaiki rakit. Mereka menempuh pelbagai rintangan termasuk perompak, pembunuh, penipu dan banyak lagi. Kisah ini menggambarkan nilai persahabatan dan pengembaraan seorang budak yang mengenali erti susah dan senang kehidupan.

Wednesday, 13 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 5 - Mesin Masa

Judul: Mesin Masa

Teks Asal oleh: Herbert George Wells

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-52-9

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 144 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Hanya panjang, lebar dan tinggi sahaja diterima umum sebagai tiga komponen dimensi yang membentuk ruang supaya manusia dapat bergerak. Namun, seorang saintis yakin bahawa wujud dimensi keempat, iaitu masa. Manusia dapat bergerak melaluinya, iaitu dapat merentasi masa lampau dan masa hadapan. Sebelum meyakinkan rakan-rakannya, saintis itu sendiri telah merentasi masa dengan Mesin Masa ciptaannya. Ikutilah penerokaan dunia pada tahun 802701, dunia aneh yang didiami manusia kecil dan makhluk berwajah monyet. Adakah pengembaraan itu benar-benar terjadi? Jawapannya terletak pada 'dua kuntum bunga putih yang aneh'...

Tuesday, 12 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 4 - Anne dari Gabel Hijau

Judul: Anne dari Gabel Hijau

Teks Asal oleh: Lucy Maud Montgomery

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-51-2

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfair, MPH Bookfest, Read Malaysia


Sinopsis:

Dua adik-beradik yang tinggal di sebuah ladang mahu mengambil seorang anak angkat lelaki yang dapat membantu mereka melakukan kerja rumah. Tetapi disebabkan kesilapan yang berlaku, mereka mendapat seorang anak angkat perempuan berambut merah yang petah bercakap dan pandai berdikari. Kehadirannya mula mengubah hidup mereka di tempat yang suram itu.

Anne berubah daripada seorang yang sangat nakal kepada seorang yang berjaya dan daripada seorang yang bermasalah kepada seorang yang mempunyai masa depan yang cerah. Semua orang di sekelilingnya akhirnya sedar betapa istimewanya budak perempuan yang bernama Anne. Ikutilah kisah hidup Anne yang penuh dengan suka duka...

Monday, 11 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 3 - Budak Hutan

Judul: Budak Hutan

Teks Asal oleh: Rudyard Kipling

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-50-5

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 144 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Tinggal di dalam hutan rimba bersama serigala, Mowgli sering berburu bersama haiwan lain dan kadangkala dia pula diburu oleh haiwan-haiwan itu. Dia perlu berhadapan dengan haiwan-haiwan itu sebagai penghuni hutan seperti sekumpulan monyet yang menculiknya, seekor harimau rakus bernama Shere Khan bahkan manusia sendiri. Dia harus membiasakan diri dengan cara hidup di hutan rimba. Kisah menarik ini tidak jemu dibaca kerana penuh dengan nilai pengembaraan, keasyikan dan perhubungan yang tidak ada titik akhir antara manusia dengan haiwan...

Friday, 8 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 2 - Pengembaraan ke Pusat Bumi

Judul: Pengembaraan ke Pusat Bumi

Teks Asal oleh: Jules Verne

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-48-2

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Sertai Profesor Hardwigg, anak saudaranya, Harry dan pemandu di Ireland, Hans, dalam pengembaraan mereka ke lurah gunung berapi seterusnya ke pusat bumi. Berpandukan kertas kulit kuno yang mengandungi kod Rune, mereka bertiga menempuh ribut petir yang ganas, binatang purba yang liar, lautan bawah tanah dan orang gua yang bengis. Adakah mereka akan menamatkan pengembaraan itu? Adakah mereka akan sampai ke pusat bumi?

Wednesday, 6 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 1 - Mengelilingi Dunia dalam Masa 80 Hari

Judul: Mengelilingi Dunia dalam Masa 80 Hari

Teks Asal oleh: Jules Verne

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-48-2

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

"Saya bertaruh sebanyak 20 000 paun bahawa saya dapat mengelilingi dunia dalam masa 80 hari!" kata Phileas Fogg.

Pada masa itu tahun 1872, kereta api dan kapal stim merupakan pengangkutan yang utama dan terpantas. Perjalanannya merentasi Mesir dan India serta melalui Hong Kong, Jepun dan Amerika. Dia berhadapan dengan pelbagai kisah suka duka dan cabaran dalam perjalanan bersejarah itu. Dia juga berjumpa dengan seorang puteri yang jelita di India dan pada masa yang sama diburu oleh seorang detektif yang mahu memberkasnya. Mampukah Phileas Fogg menang dalam pertaruhannya?