PENGIKUT SEJATI

Friday 13 December 2013

Komik: Kembara Koboi



Sinopsis: 

Cerita ini ialah sebuah legenda yang tersebar luas di dunia. Mari ikuti Jane, watak utama dalam cerita ini memulakan pengembaraan yang mendebarkan!

Jane ialah seorang kanak-kanak perempuan yang terpisah daripada keluarganya semasa dalam perjalanan ke bahagian barat Amerika Syarikat. Dia bertemu dengan Buffalo Bill dan kawan-kawan koboinya. Sebelum mereka menjadi kawan, Jane menyangka bahawa koboi adalah kejam. Kemudian, dia mengubah tanggapannya dan belajar tentang koboi yang sebenar.

Ketika mengembara bersama Jane dan Bill, kita akan mempelajari cara hidup koboi, kanun koboi, senjata koboi dan keadaan hidup di bahagian barat Amerika Syarikat pada ketika itu. Selain itu, nikmatilah adegan tembak-menembak yang menakjubkan serta kenali musuh-musuh koboi seperti kumpulan serigala kerbau yang kelaparan, penyamun yang tidak berhati perut dan sebagainya.

Adakah anda sudah bersedia untuk belajar bersama kami? Buku ini ialah sebuah komik yang sangat menyeronokkan dan mendebarkan. Jangan tunggu lagi, keterujaan sedang menanti anda!

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Thursday 5 December 2013

Komik: Bumi Semakin Hilang Tenaga





Bagaimanakah kita dapat berdepan dengan dunia gelap tanpa elektrik dan petrol?

Manusia sedang berdepan dengan bencana besar...

Sebuah UFO muncul di hadapan dua orang adik-beradik, Pump dan Palm. Mereka perlu membantu rakan makhluk asing mereka, Save mencari bahan api untuk UFO yang dinaikinya supaya dia dapat pulang ke tempat asalnya. Dalam waktu yang sama, mereka perlu menghalang haiwan peliharaan Save, JR yang merayau serta menyedut tenaga dan membebaskan gas berbahaya. Adakah mereka dapat menghalang bencana ini?

Dari manakah petrol berasal? Apakah itu tenaga fosil? Mengapakah krisis tenaga berlaku? Di manakah tenaga alternatif dapat dicari? Bagaimanakah kita dapat menyelamatkan dunia daripada krisis tenaga? MAri kita mencari tenaga bersama mereka sambil mempelajari krisis tenaga yang akan berlaku.

Sudahkah anda bersedia untuk mengetahui bencana-bencana yang mungkin menimpa bumi?

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Wednesday 4 December 2013

Komik: Terselamat daripada Taufan Besar




Bumi sedang berhadapan dengan bencana yang teruk...

Alam semula jadi dimusnahkan. Ribut besar melanda satu demi satu lagi. Walaupun ribut tidak dapat dicegah tetapi kita boleh memperoleh pengetahuan tentang ribut dapat dikurangkan.

Dalam cerita ini, dunia lain di luar Bumi telah berlaku suatu kemalangan. Kemalangan tersebut telah mempengaruhi dunia manusia. Watak utama dalam cerita, Thor merupakan seorang budak lelaki yang nakal. Dia ingin menjadi Ahli Sihir Terhebat apabila dewasa kelak. Pada suatu hari, dia tidak mahu mendengar nasihat sahabatnya, Edune dan mengakibatkan Si Angin Sihir terlepas. Si Angin Sihir ialah kuasa alam semula jadi yang dapat menghasilkan ribut. Si Angin Sihir melakukan kesalahan dan dikurung di dalam sebuah buku oleh datuk Thor, yakni Ahli Sihir Terhebat di Gunung Langit. Si Angin Sihir mencerobohi Bumi dan mengakibatkan kemusnahan di seluruh dunia.Thor menyedari kesalahan yang dilakunya da berazam untuk menangkap Si Angin Sihir kembali ke Gunung Langit, jadi dia pun sampai di Bumi.

Semasa membaca komik, para pembaca akan mempelajari pengetahuan tentang ribut, misalnya, ciri-ciri dan jenis-jenis ribut, punca ribut, ribut siklon, perbezaan antara tornado, taufan dengan siklon dan cara-cara untuk menghadapi ribut. Selain itu, para pembaca akan lebih menyayangi Bumi kerana mendapat pengajaran daripda cerita tersebut.






Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Wednesday 6 November 2013

Astana Klasik: Pengembaraan Sherlock Holmes



Penulis: Arthur Conan Doyle
Penterjemah: Aimi Fazlah

Sinopsis
Tiga orang yang berada dalam kesusahan datang ke 221b Baker Street di London untuk meminta nasihat dan pertolongan daripada Sherlock Holmes dan Dr. Watson. Selepas mendengar cerita-cerita mereka yang kedengaran pelik, penuh misteri dan tidak masuk akal, Holmes dan Dr. Watson tetap mencari jalan bagi menyelesaikan masalah mereka.

Detektif handal tersebut menggunakan kebolehan luar biasanya dalam memerhati dan memahami kes yang rumit. Seterusnya, dia menyelesaikan kes-kes tersebut dengan cara yang tidak diduga.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Friday 1 November 2013

Astana Klasik: Peter Pan


Penulis: James Matthew Barrie
Penterjemah: Aimi Fazlah

Sinopsis
Dalam kisah Peter Pan, budak-budak belajar untuk terbang, ikan duyung bebas bermain dan budak-budak lelaki yang tersesat akhirnya menemui jalan kembali ke rumah mereka.

Semua ini berlaku di sebuah pulau yang dipanggil Neverland. Wendy dan dua orang adik lelakinya baru sampai di pulau itu. Peter Pan ialah ketua di situ. Semua orang menghormati Peter Pan, seorang budak yang berani, bijak dan kuat. Peter Pan ingin kekal sebagai kanak-kanak selama-lamanya. Dia berkawan dengan puak orang asli di Neverland, memburu binatang liar dan berlawan dengan lanun yang diketuai oleh Kapten Hook yang jahat. 

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Thursday 31 October 2013

Astana Klasik: Pengembaraan Robinson Crusoe



Penulis: Daniel Defoe
Penterjemah: P.Y. Tong

Sinopsis
Ribut yang mengganas di lautan memecahkan kapal Robinson Crusoe. Hanya dia yang terselamat. Dia terdampar di sebuah pulau yang sunyi.

Dia menggunakan semua kekuatan dan kebijaksanaannya untuk terus hidup dalam keadaan yang paling sukar. Dia terpaksa berlawan dengan perasaan sunyi, menjinakkan haiwan liar, berlawan dengan kanibal dan menghadapi pelbagai bahaya selama 24 tahun untuk terus bernafas.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Wednesday 30 October 2013

Astana Klasik: Pengembaraan Gulliver



Penulis: Jonathan Swift
Penterjemah: Izan Ali

Sinopsis:
Lemuel Gulliver ialah seorang doktor yang menyukai pengembaraan. Apabila bersetuju untuk menjadi doktor kapal, dia mendapat lebih daripada apa yang diharapkannya.

Peristiwa kapal pecah membuatkan dia terdampar di pulau asing yang didiami oleh orang-orang sebesar jarinya. Mereka mengagumi saiznya seperti dia mengagumi mereka. Namun, itu hanyalah permulaan kepada pengembaraan Gulliver. Sebelum berjaya pulang ke rumah, dia terpaksa menempuhi banyak pengembaraan yang menarik dan mendebarkan... 

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Tuesday 29 October 2013

Astana Klasik: Kisah Misteri dan Seram



Penulis: Edgar Allan Poe
Penterjemah: Aiza Farzah

Sinopsis
Kisah seram lagi mengerikan ini penuh dengan peristiwa yang tidak masuk akal, dendam, cinta dan tanda tanya. Karakter yang terdapat dalam kisah ini seolah-olah hidup dan menjerit meminta tolong di hadapan mata.

Bunyi jantung berdegup kencang menghadapi saat kematian jelas kedengaran di telinga. Rintihan sayu lelaki yang ditanam hidup-hidup dan imbasan kelibat wanita muda yang bangkit daripada kematian sangat mendebarkan. Ikuti setiap langkah percubaan meleraikan kod yang rumit sebelum menemui harta karun yang tersimpan kemas di dalam perut bumi.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Monday 28 October 2013

Astana Klasik: Frankenstein

Penulis: Mary Shelley
Penterjemah: H.L. Teh 

Sinopsis
Pertempuran epik antara manusia dan gergasi mencapai kemuncak dalam cerita Frankenstein. Cubaan mencipta nyawa oleh pelajar muda yang bernama Victor Frankenstein menghasilkan suatu gergasi berkuasa yang tidak dapat dikawalnya.

Hal ini seterusnya mengakibatkan kejadian tragik berlaku satu demi satu. Victor cuba sedaya upaya untuk memusnahkan ciptaannya apabila semua orang yang dikasihinya dibunuh oleh gergasi tersebut...

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Friday 25 October 2013

Astana Klasik: David Copperfield



Penulis: Charles Dickens
Penterjemah: Izan Ali

Sinopsis

David Copperfield ialah seorang anak yatim. Selepas diabaikan oleh bapa tirinya yang jahat, dia perlu berusaha untuk hidup berdikari.

David menghadapi tahun-tahun yang sukar.Dia telah dijaga oleh nenek saudaranya dan dikhianati oleh rakannya sendiri. Dia juga menghadapi tekanan untuk memulakan kerjaya.Dia jatuh cinta pada Dora yang bersifat keanak-anakan. Berkat kesabarannya, David berjaya dalam kerjaya dan menemui kebahagiaan yang dicari-cari selama ini.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Thursday 17 October 2013

Ulasan Komik: Puteri Duyung

Ulasan daripada Uthaya Sankar SB



Sangat menarik dan penuh maklumat. Bahan bacaan yang mampu membantu anak-anak (dan orang dewasa juga!) memahami legenda/mitos berkaitan duyung. Sesuai bagi bacaan seisi keluarga. 

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian.

Wednesday 16 October 2013

Salah Laku Seks dalam Kalangan Pelajar Sekolah: PROSEDUR DAN MAKMAL KAUNSELING





Sinopsis:
Salah Laku Seks dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Prosedur dan Makmal Kaunseling membicarakan tingkah laku penyimpangan seks dalam kalangan pelajar sekolah.

Bahagian 1 memerihalkan tingkah laku seksual manusia yang dijelmakan dalam kehidupan mereka, iaitu kelompok yang menghadapi masalah identiti seperti lesbian, gay, transeksual dan biseksual dan juga kelompok yang merangsang perlaku yang memberahikan seperti exhibitionist, voyeur (mengintai), narratophiliac (cerita tingkah laku seks), transvestite (pondan), sadis, paedophilia (seks dengan kanak-kanak) dan seumpamanya. Pemerihalan tafisran tingkah laku yang merujuk kepada Diagnostic Statistic Manual (DSM) - III R dan IV dengan disokong teori-teori psikologikal.

Bahagian II dan III memerihalkan peraturan dan penguatkuasaannya sebagai mekanisme kawalan dan asas garis panduan menangani salah laku seks terhadap kelompok pelajar berkenaan.

Manakala dua bahagian terakhir (IV dan V) dapatan reaksi daripada badan penguatkuasa peraturan, iaitu Polis DiRaja Malaysia (Muar) dan Jabatan Agama Islam (Muar). Keadaan ini juga menemukan konklusi keperluan untuk dibangunkan pendekatan (makmal) memperkukuhkan jiwa (psyche) insan palajar yang terlibat dengan gejala salah laku seks secara komprehensif - usaha untuk memahami dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Buku ini boleh digunakan untuk menjadi asas rujukan dan panduan kepada pihak pengurusan sekolah, eksklusif pengetua sekolah, unit Hal Ehwal Pelajar, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Displin, pelajar pusat pengajian tinggi yang membuat pengkhususan pengajian dalam bidang psikologi atau dan kaunseling.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian. 


Ulasan Komik: Keluarga Bakhil Jadi Tangkai Jering



Ulasan daripada Uthaya Sankar SB

Banyak pengetahuan yang disalurkan secara santai dan menghiburkan menerusi buku komik pendidikan ini. Bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh mempelajari pelbagai kaedah jimat-cermat berpandukan pengalaman keluarga dalam buku ini.

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian. 

Monday 14 October 2013

ULASAN KOMIK: Lari, Gunung Berapi Meletus!


Ulasan daripada Uthaya Sankar SB

Buku komik pendidikan yang membantu kanak-kanak (dan dewasa!) menimba ilmu sambil berhibur. Saya turut teruja membacanya. Penggunaan Bahasa Malaysia yang betul dan bermutu; sesuai juga dijadikan bahan bacaan tambahan di sekolah.
Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian dalam talian. 

Thursday 3 October 2013

Komik: Puteri Duyung

Tajuk: Puteri Duyung 
Harga: RM14.90 (Semenanjung)
RM16.90 (Sabah/Sarawak) 
Promosi: RM12.00 (pembelian online sahaja)




Terdapat legenda di seluruh pelosok dunia...


Mutiara yang periang mendapati dirinya berketurunan duyung dalam suatu kemalangan. Rupa-rupanya, ibu Mutiara seorang duyung. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi cinta. Dia bukan sahaja terpaksa berbaring di atas katil dalam janka masa panjang malah dia kehilangan suaranya. Semua ini kerana Thessalonike, duyung yang kejam. Mutiara membuat keputusan berjumpa dengan Thessalonike untuk mandapatkan suara ibunya kembali.Berjayakah Mutiara berbuat demikian? Kononnya, duyung mempunyai dua jenis harta,apakah hubungan antara Dewd Laut Poseidon dengan Mutiara.


Melalui buku ini, kita dapat menikmati cerita pengembaraan yang mendebarkan dan lucu. Kita juga dapat mengetahui asal usul duyung, kisah duyung yang kejamserta legenda tentang duyung di merata-rata tempat.

Adakah anda bersedia untuk mengetahui legenda dunia dengan cerita yang mendebarkan dan lucu ini? Apakah yang anda tunggu lagi? Ayuh, cepatlah membawa buku ini balik membaca!

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian online

KOMIK: Keluarga Bakhil Jadi Tangkai Jering

Komik terbaharu!
Tajuk: Keluarga Bakhil Jadi Tangkai Jering 
Harga: RM14.90 (Semenanjung)
RM16.90 (Sabah/Sarawak) 
Promosi: RM12.00 (pembelian online sahaja)



Sinopsis:

Bagaimanakah kita hendak menjadi orang kaya? Adakah kita perlu memperoleh banyak wang?


Sudah pasti kita perlu memperoleh banyak wang. Namun, wang yang kita peroleh akan habis juga suatu hari nanti jika kita tidak berbelanja dengan bijak. Jadi, bagaimanakah kita dapat mengekalkan kekayaan? Pupuklah tabiat menghargai sumber dalam kehidupan harian.


Keluarga Bakhil mengamalkan kehidupan berjimat cermat. Mereka merekodkan semua pendapatan den perbelanjaan. Mereka menggunakan semula barang terpakai. Dengan ini, mereka bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan malah dapat melindungi alam sekitar. Mereka menguruskan kewangan dengan efisien dan bijak.

Selain itu, buku ini juga menyatakan hak pengguna dan cara untuk mendapatkan sumber percuma.

Jom berjimat cermat bersama-sama!

Layari laman web BOOKSTATION untuk pembelian online

KOMIK: Lari, Gunung Berapi Meletus!

TAJUK: Lari, Gunung Berapi Meletus!
HARGA : RM 14.90 
PEMBELIAN ONLINE: Bookstation


Sinopsis 

Manusia dan Bumi sedang berdepan dengan bencana alam yang hebat.

Apabila bencana geologi dari bawah Bumi (seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan lubang benam) meledak, hal ini akan mendatangkan kemusnahan yang dahsyat dan mengakibatkan kerugian serta kamatian. Bagaimanakah kita dapat menghalang bencana yang sukar diramal ini?
Mari bersama-sama mengikuti kisah perjalanan Ton yang mendebarkan. Ton dihanyutkan oleh tsunami. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada di Pompeii pada tahun 79. Dia telah menjadi Agus, seorang penjual ikan yang berkawan baik dengan Nima. Agus perlu membantu Nima untuk menyelamatkan diri daripada kejadian letusan gunung berapi yang paling dahsyat dalam sejarah. Adakah mereka akan terselamat? Apakah yang akan terjadi kepada Pmpeii? Dapatkah Ton kembali ke zaman sekarang?
Melalui cerita ini, kita bukan hanya berkongsi pengalaman Agus dan Nima yang mendebarkan tetapi juga mempelajari punca-punca bencana geologi, cara-cara untuk mengesan bencana geologi dan tindakan yang perlu diambil jika bencana tersebut terjadi.

Sudahkah anda bersedia untuk mempelajari pelbagai jenis bencana yang mungkin melanda Bumi? Anda akan mendapati pelbagai jenis bencana yang mungkin melanda Bumi? Anda akan mendapati pembelajaran ini sangat menarik, menyeronokkan dan bermakna.

Apakah yang ditunggu lagi? Ayuh, cepatlah membawa buku ini balik membaca!

Friday 18 January 2013

Astana Klasik: Kenali Karya Antarabangsa


Pernahkah anda membaca karya-karya klasik Inggeris seperti Peter Pan, Frankenstien atau David Copperfield? Mesti pernah, bukan? Kalau tidak pernah, pasti anda pernah mendengar karya-karya hebat ini, bukan? Kali ini, One Nusantara Sdn. Bhd. mengorak selangkah lagi dengan menerbitkan novel-novel klasik Inggeris yang telah dialih ke Bahasa Malaysia. Antaranya ialah, David Copperfield, Frankenstein, Kisah misteri dan Seram, Pengembaraan Gulliver, Pengembaraan Robinson Crusde, Peter Pan, Pengembaraan Sherlock Holmes dan Pulau Karang. 

Jom ikuti ulasan buku yang ditulis oleh saudara Uthaya Sankar SB.

Kenali Karya Antarabangsa 

Kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum di Malaysia wajar mengenai para pengarang antarabangsa serta menghayati karya-karya mereka. Mungkin golongan ibu bapa, guru-guru dan pustakawan masih ingat pengalaman membaca karya-karya agung dan klasik para pengarang antarabangsa pada usia muda.

Malangnya, rata-rata kanak-kanak dan remaja masa kini dikatakan kurang terdedah serta kurang berminat membaca karya-karya asal berkenaan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris. Dalam pada kita memperkasakan Bahasa Malaysia, jangan pula kita terlupa untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Di sisi yang lain pula, pada pemerhatian saya, One Nusantara Sdn Bhd secara terus-menerus mengambil langkah ke arah menyajikan karya-karya klasik antarabangsa dalam versi terjemahan Bahasa Malaysia khusus untuk kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) juga sering terlibat dengan syarikat penerbitan itu dalam usaha memupuk minat membaca dan mendaulatkan Bahasa Malaysia.

Sejumlah lapan judul dalam siri “Astana Klasik” memasuki pasaran pada Januari 2013. Karya-karya dalam siri ini bukan terjemahan langsung ke Bahasa Malaysia; sebaliknya adaptasi atau boleh disebut “edisi dipermudahkan” (abridged version) supaya mudah dibaca dan dihayati golongan kanak-kanak dan remaja, sebelum mereka melangkah untuk membaca karya berkenaan dalam versi asal.

Saya sendiri terasa amat seronok membaca buku-buku dalam siri ini sambil mengimbau kenangan serta pengalaman membaca versi asal (Bahasa Inggeris) pada usia kanak-kanak dan remaja di perpustakaan SRK Convent Aulong, SM Darul Ridwan dan SM King Edward VII, Taiping, Perak.

Novel “David Copperfield” karya Charles Dickens menampilkan watak anak yatim yang melalui pelbagai rintangan dalam hidup sebelum akhirnya berjaya dalam kerjaya dan menemui kebahagiaan yang diimpikan. Dalam novel “Frankenstein” karya Mary Shelley, seorang pelajar muda berusaha memusnahkan ciptaannya sebelum gergasi itu membunuh orang yang disayangi.

Edgar Allan Poe menyajikan kisah-kisah penuh tanda tanya menerusi koleksi “Kisah Misteri dan Seram” yang membuatkan pembaca seolah-olah terlibat sama dalam kisah-kisah penuh mendebarkan yang diceritakan pula dengan gaya yang memukau. Peristiwa kapal pecah dan Lemuel Gulliver terdampar di sebuah pulau yang dihuni orang kerdil dalam novel klasik “Pengembaraan Gulliver” karya Jonathan Swift pasti menarik minat kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Saya percaya, begitulah juga dengan “Pengembaraan Robinson Crusoe” di mana Daniel Defoe menceritakan secara terperinci kisah Robinson yang terdampar di sebuah pulau selama 24 tahun serta melalui pelbagai pengalaman yang mendebarkan. Pada masa sama, siapa yang tidak akan merasakan dirinya kembali menjadi kanak-kanak apabila berpeluang menikmati “Peter Pan” karya James Matthew Barrie!

Memanglah kebanyakan karya klasik ini sudah dijadikan filem, kartun dan siri televisyen. Namun begitu, tentulah sangat bermanfaat untuk kembali membaca versi asal yang sudah dipermudahkan dan diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Ikuti kisah dektektif Holmes dan Dr Watson menerusi “Pengembaraan Sherlock Holmes” karya Arthur Conan Doyle.

Novel “Pulau Karang” karya Robert Michael Ballantyne mungkin kurang dikenali tetapi amat wajar diketahui. Ralph Rover, Jack Martin dan Peterkin Gay terselamat apabila kapal yang dinaiki karam. Kemudian, persahabatan mereka menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan apabila bekerja di kapal lanun.

Tentu sahaja karya-karya ini akan membantu mendewasakan pembaca. Sesungguhnya membaca adalah jambatan ilmu serta mampu memperkasa minda dan membuka jendela pengalaman. Buku-buku dalam siri “Astana Klasik” boleh dijadikan hadiah untuk diri sendiri atau dihadiahkan kepada anak-anak, kenalan, saudara-mara, murid dan pelajar.


Kunjungi Bookstation untuk pembelian online.