PENGIKUT SEJATI

Wednesday 30 May 2012

Sesi Bicara Travelog Beijing

Sesi Bicara Travelog Beijing sempena Pesta Buku Negeri Selangor


Tarikh & Masa:

29 Jun 2012 (Jumaat)

3:00 - 5:00 Petang

Tempat:

Pentas Aktiviti, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)


Barisan Penulis:






Objektif

1. Memberi peluang kepada penulis Travelog Beijing berkongsi pengalaman melawat Beijing, China serta menulis pengalaman itu.
2. Memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dan mendengar pengalaman penulis terbabit mengenai suasana di Beijing serta pengalaman menulis travelog.
3. Membuka peluang hadirin bertanya soalan-soalan yang wajar untuk mendapatkan kepastian mengenai pelacongan ke Beijing berdasarkan pengalaman tiga penulis terbabit.

Khalayak Sasaran

Dialog sastera ini mensasarkan kepada khalayak pelbagai kaum dan pelbagai umur yang berminat mengikuti perkongsian pengalaman melawat Beijing. Para penulis, wartawan, mahasiswa, pengkaji budaya, peminat seni, pencinta buku, guru, pelajar, pihak berkuasa tempatan dan orang ramai diundang ke majlis ilmu ini. Hadirin diminta menjaga adab dan tata susila sepanjang program berlangsung.

Cara Pengendalian Program

Dalam sesi dialog ini, moderator akan meminta ketiga-tiga penulis terbabit berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke Beijing, China pada Julai 2011 serta pengalaman mereka menghasilkan Travelog Beijing sekembali ke tanah air. Orang ramai juga boleh mengemukakan soalan/pertanyaan mengikut tatacara yang dijelaskan secara terperinci di bawah.

Soalan Daripada Hadirin

Hadirin boleh mengemukakan soalan bertulis yang disertakan maklumat diri (nama penuh, pekerjaan, nombor telefon). Soalan bertulis perlu diserahkan kepada urus setia (wakil penganjur) yang bertugas pada hari program. Soalan-soalan ini akan disaring oleh urus setia dan moderator. Hanya soalan-soalan yang didapati sesuai dan wajar akan dikemukakan kepada para penulis untuk dijawab. Soalan-soalan yang terpilih itu pula hanya akan dibacakan sekiranya individu yang mengemukakan soalan itu berada di tempat acara (pentas aktiviti). Individu terbabit yang “muncul” kemudian dengan apa alasan sekali pun tidak akan dilayan.

Jumlah Soalan

Kertas-kertas soalan yang dikemukakan oleh hadirin akan dipilih secara undian terbuka semasa sesi dialog sedang berlangsung. Pengundian akan dihentikan sebaik tamat tempoh kerana program hanya sekitar sejam; tidak termasuk sesi tayangan slaid, nyanyian dan bacaan petikan buku.

Skop Sesi Bicara

Program ini secara khusus berkaitan pengalaman tiga penulis terbabit melawat Beijing, pengalaman menghasilkan buku dan bidang yang berkaitan. Penulis juga mungkin ditanya mengenai penglibatan mereka dalam bidang penulisan. Sebarang pertanyaan/soalan yang di luar lingkungan (skop) tidak akan dilayan. Hadirin diminta menghormati perkara ini.

Cenderamata

Hadirin yang soalannya terpilih dalam undian dan dikemukakan kepada penulis semasa sesi bicara, akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan sumbangan One Nusantara Sdn Bhd. Cenderamata ini hanya akan diberi sekiranya individu yang mengemukakan soalan itu berada di tempat acara (pentas aktiviti) semasa soalannya dibacakan. Individu terbabit yang “muncul” kemudian dengan apa alasan sekali pun tidak akan dilayan.

Buku Travelog Beijing

Sepanjang Pesta Buku Negeri Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012), buku Travelog Beijing (2012) boleh dibeli di gerai One Nusantara Sdn Bhd dengan harga istimewa. Buku ini juga akan dijual di sekitar pentas aktiviti semasa sesi bicara berlangsung.


Penganjur

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

One Nusantara Sdn Bhd

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Tajul Khazimi menerusi emel aina_amy@yahoo.com atau talian 017-4618834.

(hebahan asal dipetik dari blog Uthaya Sankar SB)

Monday 21 May 2012

Perkenal konsep buku audio!

Penulis One Nusantara, Izan Ali di akhbar Kosmo! 21 Mei 2012.


Sila klik pada gambar untuk membaca.

Thursday 17 May 2012

Minat menulis menjadi kerjaya - KOSMO!

[klik untuk membaca]

Salah seorang penulis One Nusantara, iaitu Nurfa muncul di akhbar KOSMO! bertarikh 14 Mei 2012.

Monday 7 May 2012

Ucapan Dato' Lee San sempena perasmian buku Travelog Beijing



Ucapan Dato' Lee San, JP.
Majlis: Majlis Pelancaran Buku Travelog Beijing, One Nusantara Sdn. Bhd.
Tarikh: 2 Mei 2012.
Tempat: Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, PWTC.

_________________________


Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis dan salam sejahtera buat hadiran sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak One Nusantara kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata di majlis perasmian ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak One Nusantara yang telah meneroka satu arus baharu dalam bidang penerbitan buku di Malaysia dengan terhasilnya buku Travelog Beijing. Saya pasti, buku ini boleh dijadikan sebagai panduan oleh rakyat Malaysia yang berminat untuk melancong ke Beijing.

Hadiran sekalian,

Sebagai penggiat dalam industri pelancongan selama hampir 20 tahun, saya sering menyarankan Beijing sebagai satu destinasi yang harus dilawati oleh semua rakyat Malaysia kerana peninggalan sejarah dan budaya yang kaya tetap dipelihara dalam arus pembangunan moden. Saya pasti, rakyat Malaysia akan lebih terpesona ke Beijing setelah membaca buku Travelog Beijing ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kumpulan pelancongan Apple Vacation dan Conventions Sdn. Bhd. telah pun mempelopori bidang pelancongan ke negara-negara Asia Timur seperti China, Korea dan Jepun sejak belasan tahun lagi. Kami juga mempunyai rekod yang sangat baik dengan pakej pelancongan Islamik kami. Beribu-ribu rakyat Malaysia telah merasai keseronokkan melancong ke negara-negara ini tanpa rasa waswas bersama kami.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan pelancongan Islamik Apple terdiri daripada orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka juga sangat berdedikasi dalam menyempurnakan tugas masing-masing untuk kepuasan para pelanggan kami. Para pelancong tidak perlu risau mengenai makanan halal dan tempat untuk bersembahyang kerana hal ini diuruskan dengan teliti oleh pekerja-pekerja kami. Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang berminat untuk tidak segan merasai pengalaman manis melancong bersama Apple.

Hadirin sekalian,

Saya berharap buku Travelog Beijing ini akan menjadi titik mula kepada lahirnya buku-buku travelog lain dalam Bahasa Malaysia mengenai destinasi-destinasi pelancongan Negara China yang lain seperti Shanghai, Guangzhou dan Hong Kong pada masa akan datang. Apple juga akan berbincang dengan pihak One Nusantara mengenai kemungkinan menghasilkan buku travelog dengan panduan lengkap ke destinasi lain di Asia Timur seperti Korea, Jepun dan Taiwan sekiranya buku Travelog Beijing ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Akhir kata, saya yakin Travelog Beijing ini mampu menambat hati dan membuka minda pembaca untuk mendalami seni budaya dan cara hidup orang-orang di Beijing. Buku ini juga amat bermakna bagi membantu usaha kerajaan Malaysia dan kerajaan China dalam mempereratkan lagi persefahaman dan hubungan antara rakyat Malaysia dan China.

Oleh itu, dengan suka citanya, saya melancarkan buku Travelog Beijing.

Sekian, terima kasih.

Perasmian buku Travelog Beijing


One Nusantara sekali lagi melangkah setapak lagi dalam menerbitkan buku terbaharu yang berkonsepkan pelancongan, iaitu Travelog Beijing. Selain merasai pengalaman tiga penulis, buku ini turut memberi panduan kepada pembaca mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di Beijing.

Oleh itu, pada 2 Mei 2012 yang lalu, bertempat di Pentas Utama, PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2012, buku Travelog Beijing telah dilancarkan. Majlis pelancaran buku ini disempurnakan oleh Dato' Lee San, JP yang merupakan Group Managing Director Apple Vacation dan Conventions Sdn. Bhd.


 
Encik Uthaya Sankar SB turut memberikan sepatah dua kata di awal majlis.

Seterusnya Dato' Lee San, JP memberikan ucapan beliau.


Sesi santai bersama 3 orang penulis (dari kiri, Uthaya Sankar SB, Nurfa dan Izan Ali) yang berkongsi serba sedikit pengalaman mereka di Beijing.



Dato' Lee San, JP melancarkan buku Travelog Beijing.

Pihak One Nusantara mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Lee San dan hadiran yang hadir ke majlis perasmian buku Travelog Beijing ini. Semoga buku travelog ini akan menjadi titik mula lahirnya buku travelog lain dalam Bahasa Malaysia mengenai destinasi-destinasi pelancongan di dunia.

Friday 13 April 2012

Manga Thai - Canon

Judul: Canon

Cerita/ilustrasi: Neeracha Sirichai

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-0397-12-2

Halaman: 160 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:


Canon, dewi yang mendapat kasih sayang daripada Tuhan lebih daripada orang lain. Canon dipertanggungjawabkan untuk berdoa di dalam vihara demi keamanan dan kesejahteraan orang ramai. Pada suatu hari, ketua pencuri yang bernama Teo telah membawa Canon lari dari vihara. Pengawal peribadi Canon, Tuan Sense terpaksa mengikut demi melindungi Canon. Maka, bermulalah sebuah pengembaraan!

Tuesday 6 March 2012

Novel ON di MPH Alpha Angle, Wangsa Maju, KL

Tinjauan novel-novel ON di MPH, Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sehingga 6 Mac 2012...


ASTANA NOVELLA


Aku, Dia & Gitar (Nurfa)

Budak SMART (Ilmar Imia)

Buku Bunga-bunga (Izan Ali)

Ilham (Izan Ali)

Pemuja Rahsia (Ilmar Imia)

SOLD OUT!!!




ASTANA FANTASIA




Antasia - Satu Permulaan (Nurfa) = 6 naskhah

The Untold Story (Farah Husain) = 1 naskhah

Janji Julia (Maria Kajiwa) = 3 naskhah




SIRI KUCING TRIWARNA



Pembunuhan di Universiti Hagoromo = 1 naskhah

Misteri Pembunuhan Sawako = 4 naskhah

Misteri Banglo Kucing = 3 naskhah



MPH juga sedang mengadakan Pesta Buku MPH di ruang legar, kompleks beli belah Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jadi, kepada anda yang berada berhampiran, bolehlah berkunjung ke sana ya. Kedai buku MPH pula terletak di tingkat 1.

Wednesday 29 February 2012

Tawaran Promosi di Bookstation

Kedai buku online Bookstation sedang mengadakan tawaran promosi!

Siri Astana Novella boleh dibeli dengan harga RM14.93 (harga asal RM19.90).



Siri Astana Fantasia boleh dibeli dengan harga RM17.93 (Antasia & Janji Julia, harga asal RM23.90) dan RM19.43 (The Untold Story, harga asal RM25.90).


Siri Kucing Triwarna boleh dibeli dengan harga RM17.18 (harga asal RM22.90).


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel-novel terbitan kami dengan harga istimewa hanya di Bookstation.

Wednesday 22 February 2012

Manga Thai - Finding My Love #3

Judul: Finding My Love #3

Cerita/ilustrasi: Kanda Wangdee

Genre: Cinta romantik

ISBN: 978-967-0397-00-9

Halaman: 128 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia



Sinopsis:
Di penghujung jalan pencarian cinta sejati Foam dan sahabat sejatinya ini, dapatkah Foam kembali ke pangkal jalan semula? Episod istimewa cerita percintaan Foang, adik Foam yang degil.

Monday 20 February 2012

Manga Thai - Real Island

Judul: Real Island

Artis: Kanitha Boonyatasneekul

Genre: Aksi-Thriller

ISBN: 978-967-5440-83-0

Halaman: 168 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Selepas berlaku kemusnahan di Negara Mimpi, tempat terletaknya bangunan sakti telah menjadi titik permulaan mimpi buruk kepada semua rakyat REAL ISLAND. Satu-satunya cara untuk membatalkan sumpahan ini adalah dengan mencari kembali tiga barang penting yang hilang dari Negara Mimpi. Maka, dua adik-beradik kembar, Riss dan Kriss iaitu pewaris Negara Mimpi telah memulakan pengembaraan untuk mencari ketiga-tiga barang penting yang hilang itu.

Friday 17 February 2012

Manga Thai - Miracle Days

Judul: Miracle Days

Artis: Kanitha Boonyatasneekul

Genre: Fantasi romantik

ISBN: 978-967-5440-80-9

Halaman: 168 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Mick tertarik kepada seorang gadis yang sering dilihatnya di dalam LRT. Namun begitu, dia tidak berani hendak menegur gadis itu. Justeru, rakan baiknya, Neak mencadangkan supaya dia berjumpa dengan tukang tilik. Adakah cintanya akan berjaya atas keajaiban tukang tilik itu atau berkat usahanya sendiri?

Selain itu, buku ini turut menyelitkan sebuah cerita pendek yang bertajuk "Cinta Harapan".

Thursday 16 February 2012

Manga Thai - The Forbidden Gates #2

Judul: The Forbidden Gates #2

Artis: Kanitha Boonyatasneekul

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-82-3

Halaman: 184 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 12.8 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia

Sinopsis:

Mari menerokai penamat kepada kisah cinta dan pengembaraan di dunia nirwana. Apakah kesudahan kepada Tae dan Fahsai, pewaris yang berkuasa membuka pintu ke dunia nirwana?

Wednesday 15 February 2012

Manga Thai - The Forbidden Gates #1

Judul: The Forbidden Gates #1

Artis: Kanitha Boonyatasneekul

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-81-6

Halaman: 184 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Tae dan Fahsai ialah pewaris yang memiliki kuasa untuk membuka dan menutup pintu ke dunia nirwana. Pengembaraan untuk memperbaiki dan menyiasat asal usul kuasa ini telah menjadi titik permulaan kepada kesan tindakan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.

Sunday 12 February 2012

Novel ON di MPH, Alamanda, Putrajaya

Tinjauan novel-novel ON di kedai buku MPH, Alamanda, Putrajaya sehingga 12 Februari 2012.






ASTANA NOVELLA



Aku, Dia & Gitar = SOLD OUT
Budak SMART = SOLD OUT


Buku Bunga-bunga = 2 naskhah
Ilham = 1 naskhah
Pemuja Rahsia = 1 naskhah


ASTANA FANTASIA

Antasia - Satu Permulaan = 9 naskhah


The Untold Story = 9 naskhah


Janji Julia = 8 naskhah


Menurut pihak MPH di sana, mereka akan memesan stok baharu. Jadi kepada orang Putrajaya dan sekitarnya, rajin-rajinlah singgah ke sana ya :)

Monday 30 January 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012

Salam 1 Malaysia kepada Rakyat Malaysia!!! Amboi bersemangatnya hari ini, bukan apa kerana gembira menyambut Tahun Baru Cina bersama rakan-rakan. Bermula dengan makan malam pada hari sebelum hari Tahun Baru Cina dengan famili, sahabat handai dan saudara terdekat.
Makan malam ini terdapat maksud tersurat dan tersirat yang dapat kita fikirkan bersama. Sukar untuk sesetangah keluarga dapat makan malam bersama, kerana sibuk dengan kerja-kerja dan hal-hal yang lain. Ini akan merenggangkan hubungan keluarga tanpa disedari. Makan malam ini dapat mengeratkan lagi ikatan keluarga yang terbina.
Kalendar Cina menunjukkan zodiak Cina tahun ini adalah Tahun Naga, tahun bertuah dan mempunyai kebaikan kerana Naga adalah haiwan mistik yang kuat dan tuah. Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.
Dan bahagian yang paling menyeronokkan adalah menerima Ang Pau. Seumpama dengan DUIT RAYA PUASA, Ang Pau juga begitu, sampul merah berisi duit. Tetapi bukan semua yang berhak menerima duit Ang Pau ini, mengikut budaya cina, orang yang sudah berkahwin yang boleh memberi AngPau kepada mereka yang masih belum berkahwin. Nasib anda bertuah,jika belum kawin lagi,hehehe.
Selamat Tahun Baru Cina!!!!