PENGIKUT SEJATI

Wednesday 30 May 2012

Sesi Bicara Travelog Beijing

Sesi Bicara Travelog Beijing sempena Pesta Buku Negeri Selangor


Tarikh & Masa:

29 Jun 2012 (Jumaat)

3:00 - 5:00 Petang

Tempat:

Pentas Aktiviti, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)


Barisan Penulis:






Objektif

1. Memberi peluang kepada penulis Travelog Beijing berkongsi pengalaman melawat Beijing, China serta menulis pengalaman itu.
2. Memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dan mendengar pengalaman penulis terbabit mengenai suasana di Beijing serta pengalaman menulis travelog.
3. Membuka peluang hadirin bertanya soalan-soalan yang wajar untuk mendapatkan kepastian mengenai pelacongan ke Beijing berdasarkan pengalaman tiga penulis terbabit.

Khalayak Sasaran

Dialog sastera ini mensasarkan kepada khalayak pelbagai kaum dan pelbagai umur yang berminat mengikuti perkongsian pengalaman melawat Beijing. Para penulis, wartawan, mahasiswa, pengkaji budaya, peminat seni, pencinta buku, guru, pelajar, pihak berkuasa tempatan dan orang ramai diundang ke majlis ilmu ini. Hadirin diminta menjaga adab dan tata susila sepanjang program berlangsung.

Cara Pengendalian Program

Dalam sesi dialog ini, moderator akan meminta ketiga-tiga penulis terbabit berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke Beijing, China pada Julai 2011 serta pengalaman mereka menghasilkan Travelog Beijing sekembali ke tanah air. Orang ramai juga boleh mengemukakan soalan/pertanyaan mengikut tatacara yang dijelaskan secara terperinci di bawah.

Soalan Daripada Hadirin

Hadirin boleh mengemukakan soalan bertulis yang disertakan maklumat diri (nama penuh, pekerjaan, nombor telefon). Soalan bertulis perlu diserahkan kepada urus setia (wakil penganjur) yang bertugas pada hari program. Soalan-soalan ini akan disaring oleh urus setia dan moderator. Hanya soalan-soalan yang didapati sesuai dan wajar akan dikemukakan kepada para penulis untuk dijawab. Soalan-soalan yang terpilih itu pula hanya akan dibacakan sekiranya individu yang mengemukakan soalan itu berada di tempat acara (pentas aktiviti). Individu terbabit yang “muncul” kemudian dengan apa alasan sekali pun tidak akan dilayan.

Jumlah Soalan

Kertas-kertas soalan yang dikemukakan oleh hadirin akan dipilih secara undian terbuka semasa sesi dialog sedang berlangsung. Pengundian akan dihentikan sebaik tamat tempoh kerana program hanya sekitar sejam; tidak termasuk sesi tayangan slaid, nyanyian dan bacaan petikan buku.

Skop Sesi Bicara

Program ini secara khusus berkaitan pengalaman tiga penulis terbabit melawat Beijing, pengalaman menghasilkan buku dan bidang yang berkaitan. Penulis juga mungkin ditanya mengenai penglibatan mereka dalam bidang penulisan. Sebarang pertanyaan/soalan yang di luar lingkungan (skop) tidak akan dilayan. Hadirin diminta menghormati perkara ini.

Cenderamata

Hadirin yang soalannya terpilih dalam undian dan dikemukakan kepada penulis semasa sesi bicara, akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan sumbangan One Nusantara Sdn Bhd. Cenderamata ini hanya akan diberi sekiranya individu yang mengemukakan soalan itu berada di tempat acara (pentas aktiviti) semasa soalannya dibacakan. Individu terbabit yang “muncul” kemudian dengan apa alasan sekali pun tidak akan dilayan.

Buku Travelog Beijing

Sepanjang Pesta Buku Negeri Selangor (29 Jun – 9 Julai 2012), buku Travelog Beijing (2012) boleh dibeli di gerai One Nusantara Sdn Bhd dengan harga istimewa. Buku ini juga akan dijual di sekitar pentas aktiviti semasa sesi bicara berlangsung.


Penganjur

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

One Nusantara Sdn Bhd

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Tajul Khazimi menerusi emel aina_amy@yahoo.com atau talian 017-4618834.

(hebahan asal dipetik dari blog Uthaya Sankar SB)

Monday 21 May 2012

Perkenal konsep buku audio!

Penulis One Nusantara, Izan Ali di akhbar Kosmo! 21 Mei 2012.


Sila klik pada gambar untuk membaca.

Thursday 17 May 2012

Minat menulis menjadi kerjaya - KOSMO!

[klik untuk membaca]

Salah seorang penulis One Nusantara, iaitu Nurfa muncul di akhbar KOSMO! bertarikh 14 Mei 2012.

Monday 7 May 2012

Ucapan Dato' Lee San sempena perasmian buku Travelog Beijing



Ucapan Dato' Lee San, JP.
Majlis: Majlis Pelancaran Buku Travelog Beijing, One Nusantara Sdn. Bhd.
Tarikh: 2 Mei 2012.
Tempat: Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, PWTC.

_________________________


Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis dan salam sejahtera buat hadiran sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak One Nusantara kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berucap sepatah dua kata di majlis perasmian ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak One Nusantara yang telah meneroka satu arus baharu dalam bidang penerbitan buku di Malaysia dengan terhasilnya buku Travelog Beijing. Saya pasti, buku ini boleh dijadikan sebagai panduan oleh rakyat Malaysia yang berminat untuk melancong ke Beijing.

Hadiran sekalian,

Sebagai penggiat dalam industri pelancongan selama hampir 20 tahun, saya sering menyarankan Beijing sebagai satu destinasi yang harus dilawati oleh semua rakyat Malaysia kerana peninggalan sejarah dan budaya yang kaya tetap dipelihara dalam arus pembangunan moden. Saya pasti, rakyat Malaysia akan lebih terpesona ke Beijing setelah membaca buku Travelog Beijing ini.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, kumpulan pelancongan Apple Vacation dan Conventions Sdn. Bhd. telah pun mempelopori bidang pelancongan ke negara-negara Asia Timur seperti China, Korea dan Jepun sejak belasan tahun lagi. Kami juga mempunyai rekod yang sangat baik dengan pakej pelancongan Islamik kami. Beribu-ribu rakyat Malaysia telah merasai keseronokkan melancong ke negara-negara ini tanpa rasa waswas bersama kami.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan pelancongan Islamik Apple terdiri daripada orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka juga sangat berdedikasi dalam menyempurnakan tugas masing-masing untuk kepuasan para pelanggan kami. Para pelancong tidak perlu risau mengenai makanan halal dan tempat untuk bersembahyang kerana hal ini diuruskan dengan teliti oleh pekerja-pekerja kami. Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang berminat untuk tidak segan merasai pengalaman manis melancong bersama Apple.

Hadirin sekalian,

Saya berharap buku Travelog Beijing ini akan menjadi titik mula kepada lahirnya buku-buku travelog lain dalam Bahasa Malaysia mengenai destinasi-destinasi pelancongan Negara China yang lain seperti Shanghai, Guangzhou dan Hong Kong pada masa akan datang. Apple juga akan berbincang dengan pihak One Nusantara mengenai kemungkinan menghasilkan buku travelog dengan panduan lengkap ke destinasi lain di Asia Timur seperti Korea, Jepun dan Taiwan sekiranya buku Travelog Beijing ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Akhir kata, saya yakin Travelog Beijing ini mampu menambat hati dan membuka minda pembaca untuk mendalami seni budaya dan cara hidup orang-orang di Beijing. Buku ini juga amat bermakna bagi membantu usaha kerajaan Malaysia dan kerajaan China dalam mempereratkan lagi persefahaman dan hubungan antara rakyat Malaysia dan China.

Oleh itu, dengan suka citanya, saya melancarkan buku Travelog Beijing.

Sekian, terima kasih.

Perasmian buku Travelog Beijing


One Nusantara sekali lagi melangkah setapak lagi dalam menerbitkan buku terbaharu yang berkonsepkan pelancongan, iaitu Travelog Beijing. Selain merasai pengalaman tiga penulis, buku ini turut memberi panduan kepada pembaca mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di Beijing.

Oleh itu, pada 2 Mei 2012 yang lalu, bertempat di Pentas Utama, PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2012, buku Travelog Beijing telah dilancarkan. Majlis pelancaran buku ini disempurnakan oleh Dato' Lee San, JP yang merupakan Group Managing Director Apple Vacation dan Conventions Sdn. Bhd.


 
Encik Uthaya Sankar SB turut memberikan sepatah dua kata di awal majlis.

Seterusnya Dato' Lee San, JP memberikan ucapan beliau.


Sesi santai bersama 3 orang penulis (dari kiri, Uthaya Sankar SB, Nurfa dan Izan Ali) yang berkongsi serba sedikit pengalaman mereka di Beijing.



Dato' Lee San, JP melancarkan buku Travelog Beijing.

Pihak One Nusantara mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato' Lee San dan hadiran yang hadir ke majlis perasmian buku Travelog Beijing ini. Semoga buku travelog ini akan menjadi titik mula lahirnya buku travelog lain dalam Bahasa Malaysia mengenai destinasi-destinasi pelancongan di dunia.