PENGIKUT SEJATI

Showing posts with label Astana Fantasia. Show all posts
Showing posts with label Astana Fantasia. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Tawaran Promosi di Bookstation

Kedai buku online Bookstation sedang mengadakan tawaran promosi!

Siri Astana Novella boleh dibeli dengan harga RM14.93 (harga asal RM19.90).



Siri Astana Fantasia boleh dibeli dengan harga RM17.93 (Antasia & Janji Julia, harga asal RM23.90) dan RM19.43 (The Untold Story, harga asal RM25.90).


Siri Kucing Triwarna boleh dibeli dengan harga RM17.18 (harga asal RM22.90).


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel-novel terbitan kami dengan harga istimewa hanya di Bookstation.

Thursday, 16 June 2011

Astana Fantasia 3: Janji Julia

Judul: Janji Julia

Penulis: Maria Kajiwa

Genre: Aksi-thriller

ISBN: 978-967-5270-96-3

Halaman: 408 muka surat

Saiz Buku: 11.5 cm x 18.5 cm

Harga: S/M RM23.90, S/S: RM26.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Peruncit: Kinokuniya (KLCC), MPH outlets


Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia



Sinopsis:

Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak ini membunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi dan pertahanan negara.


Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripada puak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.


Di Lebuh Raya Utara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh raya bertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladang kelapa sawit.


Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?

Wednesday, 15 June 2011

Astana Fantasia 2: The Untold Story

Judul: The Untold Story

Penulis: Farah Husain

Genre: Urban fantasi

ISBN: 978-967-5270-92-5

Halaman: 520 muka surat

Saiz Buku: 11.5 cm x 18.5 cm

Harga: S/M RM25.90, S/S RM28.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Peruncit: Kinokuniya (KLCC), MPH outlets


Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia



Sinopsis:

“Selepas ini kau akan jadi seperti kami. Makhluk malam yang digeruni manusia. Kau tidak akan dapat merasai kehangatan matahari lagi. Hidup kau akan sentiasa kedinginan. Teman kau hanya kegelapan dan kesunyian.”

Ungkapan yang diucapkan beratus tahun dahulu rupanya bakal mengubah hidup Teja Aira. Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheretnya ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu Aira mengenali Aidan yang dingin bersama teman-temannya yang menggelarkan diri mereka Night Crawler. Melalui Night Crawler, Aira mengenali Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan.

Bagi Night Crawler, Shifter tidak ubah seperti binatang buas yang harus dihapuskan ataupun kehidupan manusia akan musnah. Bagi Shifter, mereka hanya mengikut naluri semula jadi mereka dan jika dihalang, mereka akan melawan semula. Dan bagi Custos pula, baik Shifter ataupun Night Crawler kedua-duanya berhak hidup selagi peraturan yang ditetapkan tidak dilanggar ataupun kedua-duanya akan dihapuskan.

Siapakah Night Crawler, Shifter dan Custos? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?

Tuesday, 14 June 2011

Astana Fantasia 1: Antasia - Satu Permulaan

Judul: Antasia - Satu Permulaan

Penulis: Nurfa

Genre: Urban fantasi

ISBN: 978-967-5270-95-6

Halaman: 344 muka surat

Saiz Buku: 11.5 cm x 18.5 cm

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Harga: S/M RM23.90, S/S RM26.90

Peruncit: Kinokuniya (KLCC), MPH outlets


Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Sinaran misteri yang menyelubungi bangunan pusat membeli-belah Antasia telah menyebabkan beribu-ribu pengunjung di dalam pusat membeli-belah itu meninggal dunia dengan serta-merta. Tiada siapa yang tahu apakah punca dan siapakah yang bertanggungjawab membunuh mereka semua.

Lucas Shah Putera yang berada jauh dari bangunan itu terselamat daripada kejadian tersebut. Namun, hidupnya berubah sepenuhnya apabila mengetahui sepupunya, Luna Lusia hilang dalam kejadian itu. Lebih teruk lagi dia disahkan menghidap penyakit misteri.

Selepas beberapa bulan, Luna Lusia masih tidak dijumpai tetapi Lucas Shah Putera kuat mengatakan bahawa sepupunya itu masih hidup dan bernekad untuk menyiasat kehilangan Luna Lusia. Melalui diari milik Luna Lusia yang dijumpainya, membawanya membongkar akan kewujudan satu dunia yang diberi nama Dunia Antasia...

"Hari yang paling bersejarah dan paling bermakna. Aku tidak akan melupakan hari ini sampai bila-bila pun. Mungkin cukup sampai di sini aku hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini." - LUNA LUSIA