PENGIKUT SEJATI

Thursday, 29 September 2011

Manga Thai - Moon Sanctuary

Judul: Moon Sanctuary

Cerita/ilustrasi: Thanik Kemakongkanont

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-79-3

Halaman: 176 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia



Sinopsis:
Athemis, Dewi Bulan dihalau dari syurga ke bumi walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Kuasa magisnya juga dikurangkan sehingga separuh. Ini menyebabkan badannya berubah menjadi badan kanak-kanak. Namun begitu, Athemis tetap berusaha menghapuskan syaitan agar dimaafkan dan dapat kembali ke dunia dewa dewi pada suatu hari nanti...

Wednesday, 28 September 2011

Teaser Novel "Aku, Dia & Gitar"



"Wo, kau pikat teman lelaki kau?" Dia memandangku terkejut.


"Bukan teman lelaki tapi bekas teman lelaki."


"Ya. Whatever."


"Kenapa? Terkejut apabila kau dapat tahu aku yang mulakan langkah dulu?"


"Ya dan barulah aku tahu sesuatu," ujarnya sambil mengangguk beberapa kali.


"Apa dia?"


"Kau sekarang tengah pikat aku, bukan?" dia bertanya.


Aku menjeling tajam memandangnya. Sudah mulalah lawak bodoh dia itu.


"Kau dah jatuh cinta masa aku nyanyikan lagu untuk kau dan seminggu lepas tu, kau datang sebab nak belajar main gitar... Semua tu rancangan kau nak pikat aku, bukan?"


"Kau nak tengok gitar kau bertukar jadi kapak tak?" Aku memandangnya tajam.




*Dapatkan novel ini di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan cawangan MPH seluruh Malaysia atau di kedai buku online, Bookstation.

Tuesday, 27 September 2011

Manga Thai - Hi-Tech Servant #2

Judul: Hi-Tech Servant #2

Cerita/ilustrasi: Itto & Mayri

Genre: Fiksyen sains

ISBN: 978-967-5440-61-8

Halaman: 160 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia



Sinopsis:
Pada suatu malam, atuk telah menceritakan kepada Keow tentang kumpulan penjenayah yang pernah atuk sertai. Keesokan harinya, Keow telah terjumpa surat yang atuk tinggalkan dan dia mendapati atuk telah lari dari rumah. Dapatkah Keow, Yo dan Mii menguruskan penjenayah yang memburu atuk dan dapatkah mereka bertemu dengan atuk semula?

Monday, 26 September 2011

Manga Thai - Hi-Tech Servant #1

Judul: Hi-Tech Servant #1

Cerita/ilustrasi: Itto & Mayri

Genre: Fiksyen sains

ISBN: 978-967-5440-60-1

Halaman: 168 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:
Pada suatu pagi, Yo terkejut dari tidurnya yang nyenyak oleh jeritan datuknya. Yo bertambah terkejut apabila dia ternampak hasil ciptaan terbaru datuknya yang teramat canggih sedang berdiri di depan matanya. Ia merupakan robot pembantu rumah yang sangat comel bernama Keow. Mulai saat itu, pelbagai kisah haru-biri bersama pembantu rumah ini telah berlaku.

Saturday, 24 September 2011

Novel ON di MPH, SACC Mall, Shah Alam

Tinjauan novel-novel ON di kedai buku MPH, SACC Mall, Shah Alam sehingga 23 September 2011 yang lalu.



ASTANA NOVELLA



Aku, Dia & Gitar = 6 naskhah


Budak SMART = 3 naskhah

Buku Bunga-bunga = 8 naskhah

Ilham = 8 naskhah


Pemuja Rahsia = 5 naskhah




ASTANA FANTASIA



Antasia - Satu Permulaan = 8 naskhah

The Untold Story = 7 naskhah

Janji Julia = 8 naskhah




SIRI KUCING TRIWARNA



Pembunuhan di Universiti Hagoromo = 3 naskhah

Misteri Pembunuhan Sawako = 8 naskhah

Misteri Banglo Kucing = 6 naskhah



Kepada anda yang berada di sekitar Shah Alam, jangan ketinggalan mendapatkan novel-novel One Nusantara di MPH.