PENGIKUT SEJATI

Tuesday, 8 November 2011

Teaser Novel "Budak SMART"


"Husy, bengang betul aku dengan budak baru tu!" Shafik menghentak gelas plastik di meja kantin itu. Melepaskan geramnya.

"Yalah, aku pun bengang tengok budak Shamsul tu. Baru seminggu di sini, dah nak tunjuk lagak! Dia fikir dia dari KL, dia hebat sangatlah tu? Boleh jalanlah!" sokong Iqbal.


"Apa kita nak buat dengan dia sekarang?" Shafik meminta pendapat. Mereka perlu berbuat sesuatu agar pelajar baru itu tidak mencampuri urusan mereka bertiga lagi.

"Kita ajar dia sikit. Biar dia tahu," Iqbal memberikan cadangan.

"Nak ajar macam mana?" Shafik dan Iqbal memandang Azrizal. Mereka saling berpandangan. Hairan dengan sikap berdiam diri teman mereka yang seorang itu.


"Riz, kenapa kau diam saja?" Shafik menyiku Azrizal. Dari tadi mereka sibuk berbincang, dia boleh buat dek saja?

"Tak ada apalah. Aku tengah berfikir ni," ujar Azrizal. Memang dia geram. Kalau Athira tidak ada tadi, sudah lama budak Shamsul itu makan penumbuknya. Mengapalah budak baru itu suka sangat hendak menyibuk halnya? Adakah dia pernah menyakitkan hati budak baru itu tanpa sengaja? Tidak ada rasanya. Kenal pun tidak. Entah apa masalah budak baru itu.

"Fikir macam mana nak ajar dia?" Shafik mengagak.

"Habis tu, kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu saja?"

"Jadi, apa rancangan kau?"


"Rancangan aku..." Azrizal tersenyum penuh makna.

*Dapatkan novel ini di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan cawangan MPH seluruh Malaysia atau kedai buku online, Bookstation.

Wednesday, 2 November 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Ahli Sihir dari Bumi Oz

Judul: Ahli Sihir dari Bumi Oz

Teks asal oleh: Lyman Frank Baum

Diadaptasi oleh: J. T. Toon

ISBN: 978-967-0320-13-7

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 130 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Dari rumahnya di Kansas, Dorothy dibawa oleh angin puting beliung ke sebuah dunia lain, iaitu Bumi Oz. Bumi itu penuh dengan keajaiban. Di sana, orang-orang boleh bercakap manakala singa boleh menangis. Ikutilah pengembaraan Dorothy menyusuri Jalan Berbata Kuning ke Istana Oz bersama kawan-kawannya yang tidak dapat dilupakan.

Apabila mereka sampai di sana, mereka mendapati keadaan di situ bukanlah seperti yang dibayangkan!

Monday, 31 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Harapan Terulung

Judul: Harapan Terulung

Teks asal oleh: Charles Dickens

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-12-0

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 154 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Pip ialah seorang anak yatim piatu yang baru belajar menjadi tukang besi di kampungnya. Dia mahu menjadi seorang lelaki budiman. Tanpa disangka, sebuah wasiat misteri mengubah hidupnya. Dia meninggalkan kampung untuk menjadi seorang lelaki budiman yang kaya dan berilmu. Pip sudah lama mahu mengahwini Estella, anak angkat Cik Havisham yang aneh. Namun, kehidupan baharu Pip musnah apabila Abel Magwitch, seorang banduan yang pernah memaksanya mencuri muncul semula dalam hidupnya. Adakah permintaan Abel Magwitch akan menggagalkan harapan terulung Pip?

Friday, 28 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Peperangan antara Dunia

Judul: Peperangan antara Dunia

Teks asal oleh: Herbert George Wells

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-11-3

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 146 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Bumi dijajah! Bandar raya dimusnahkan, manusia melarikan diri dalam keadaan panik dan perkampungan hancur. Bebola api dari planet Marikh menghentam Bumi dan sebuah kapal ganjil yang tidak pernah dilihat mendarat. Kemudian, kapal ganjil tersebut menghancurkan semua objek seperti manusia dan bangunan sepanjang pergerakannya. Kapal ganjil itu tidak dapat dihentikan.

Manusia berada dalam keadaan paling bahaya dalam sejarah. Mampukah dunia diselamatkan daripada malapetaka itu?

Tuesday, 25 October 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga - Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Judul: Doktor Jekyll dan Encik Hyde

Teks asal oleh: Robert Louis Stevenson

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-0320-10-6

Saiz buku: 11.3 cm x 19.4 cm

Halaman: 138 muka surat

Harga: S/M RM14.90, S/S RM16.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, MPH Bookfair, Popular Bookfest, Read Malaysia


Sinopsis:

Dr. Henry Jekyll mempercayai bahawa manusia mempunyai dua personaliti. Justeru, dia mereka sejenis ubat untuk memisahkan dua personaliti tersebut dan menguji ubat tersebut pada dirinya sendiri. Lalu muncullah jelmaan personaliti tersembunyi Dr. Jekyll, iaitu Encik Hyde. Encik Hyde menampilkan personaliti jahat Dr. Jekyll yang merupakan seorang pembunuh yang ganas. Mampukah Dr. Jekyll yang mulia menangani Encik Hyde yang jahat? Adakah dia akan menjadi mangsa kepada personaliti tersembunyinya sendiri?