PENGIKUT SEJATI

Thursday, 7 July 2011

Kemeriahan Pesta Buku Negeri Selangor 2011












Salam 1 Malaysia semuanya. One Nusantara sangat bertuah kerana dapat berada di Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 24 Jun hingga 3 Julai. Selama 10 hari, One Nusantara "berkampung" di sana bersama kawan-kawan penerbitan dan kedai-kedai buku yang turut sama memeriahkan pesta buku kali ini.

Ramainya pengunjung Pesta Buku Negeri Selangor ni, sampai tidak langkah dibuatnya. Juga di gerai One Nusantara, ada sesi autograf bersama Novelis One Nusantara. Contohnya Ilmar Imia, Izan Ali dan Nurfa.

Ramai pengunjung di pesta buku ini teruja apabila bertemu dengan novelis One Nusantara yang bersahaja dan ramah, inilah saluran yang dilakukan oleh One Nusantara dan diharap semua adik-adik yang telah berjumpa dengan novelis-novelis, bakal menulis untuk generasi yang akan datang.

Saksikan gambar-gambar di Pesta Buku Negeri Selangor di http://www.facebook.com/people/Bookstation-Malaysia/100000688765496

Hanya buku terbaik, ada di sini...
.

Wednesday, 6 July 2011

Klasik Dunia Berilustrasi Manga 1 - Mengelilingi Dunia dalam Masa 80 Hari

Judul: Mengelilingi Dunia dalam Masa 80 Hari

Teks Asal oleh: Jules Verne

Diadaptasi oleh: Samaseer

ISBN: 978-967-5270-48-2

Saiz Buku: 11.3 cm x 18.4 cm

Halaman: 152 muka surat

Harga: RM12.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: Kinokuniya, KLCC

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

"Saya bertaruh sebanyak 20 000 paun bahawa saya dapat mengelilingi dunia dalam masa 80 hari!" kata Phileas Fogg.

Pada masa itu tahun 1872, kereta api dan kapal stim merupakan pengangkutan yang utama dan terpantas. Perjalanannya merentasi Mesir dan India serta melalui Hong Kong, Jepun dan Amerika. Dia berhadapan dengan pelbagai kisah suka duka dan cabaran dalam perjalanan bersejarah itu. Dia juga berjumpa dengan seorang puteri yang jelita di India dan pada masa yang sama diburu oleh seorang detektif yang mahu memberkasnya. Mampukah Phileas Fogg menang dalam pertaruhannya?

Tuesday, 5 July 2011

Manga Thai - Finding My Love #2

Judul: Finding My Love #2

Cerita/ilustrasi: Kanda Wangdee

Genre: Cinta romantik

ISBN: 978-967-5440-24-3

Halaman: 168 muka surat

Saiz buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Kemelut cinta... Kisah percintaan yang tidak diketahui di mana titik noktahnya. Foam berada dalam dilema sama ada cinta kali ini ialah cinta sejati ataupun hanya khayalan semata.

Monday, 4 July 2011

Manga Thai - Finding My Love #1

Judul: Finding My Love #1

Cerita/ilustrasi: Kanda Wangdee

ISBN: 978-967-5440-23-6

Halaman: 160 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia




Sinopsis:

Cinta... bagi sesetengah orang, cinta adalah suatu perkara yang mudah, tetapi baginya... bukan begitu. Foam, gadis muda yang mengharapkan cinta sejati daripada seorang jejaka. Pencarian demi pencarian, pertemuan dan perpisahan yang telah berlaku entah kali ke berapa... Namun begitu, dia masih tabah dan berusaha meneruskan pencarian cinta sejatinya itu.

Tuesday, 28 June 2011

Astana Novella 5 - Pemuja Rahsia

Judul: Pemuja Rahsia

Penulis: Ilmar Imia

Genre: Remaja

ISBN: 978-967-5270-82-6

Halaman: 240 muka surat

Saiz Buku: 12.7 cm x 19.05 cm

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Harga: S/M RM19.90, S/S RM22.90

Peruncit: Kinokuniya (KLCC), MPH outlets

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Meminati seseorang dalam diam adalah perkara biasa bagi pelajar sekolah. Namun, bagaimana jika orang yang dipuja itu menjadi idaman ramai? Perlukah dia bersaing bagi merebut perhatian si idaman?