PENGIKUT SEJATI

Tuesday 30 June 2009

Sesi Interaksi 'Jauhi Jenayah Juvana'

23 Jun 2009, Komik Hardy Boys telah selamat menjalankan aktiviti kami yang pertama. Program 'Jauhi Jenayah Juvana' berjalan dengan lancarnya dan disertai oleh 200 orang murid dari SMK BU 4.

Tajuk Program: Jauhi Jenayah Juavana
Tempat: Sekolah Menengah Bandar Utama 4
Tarikh / Waktu: 23 Jun 2009 / 9.00 pagi – 11.30 pagi
Penceramah: DSP Tan Geok Mooi & ASP Chia Lee Leng dari Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur
Penaja: Komik Hardy Boys & Komik Nancy Drew

Sesi interaksi bersama pegawai polis telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan Jenayah Juavana. Pegawai polis telah menerangkan jenis-jenis jenayah juvana yang sering kali terjadi di Malaysia. Mereka juga menerangkan cara-cara untuk menghindarkan diri daripada jenayah juvana dan hukuman-hukuman yang akan dijatuhkan sekiranya sabit kesalahan.

Sesi interaksi ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan kesedaran pelajar tentang pencegahan jenayah supaya mereka tidak melibatkan diri di dalam aktiviti tidak bermoral.



ASP Chia Lee Leng sedang memberikan penjelasan tentang 'Jauhi Jenayah Juvana'.

Pegawai polis sempat merakamkan kenangan bersama Pengetua En. Teh Keng Lee (no.4 dari kiri), guru-guru dan wakil dari Komik Hardy Boys.

Dicatat oleh Editor One Nusantara Sdn. Bhd., Izan Ali


No comments: