PENGIKUT SEJATI

Tuesday 22 June 2010

PESTA BUKU SELANGOR 2010

Pesta Buku Selangor kembali lagi. Kali ini One Nusantara juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan pesta buku yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 25 Jun – 5 Julai 2010 (11 hari)
Tempat: Kompleks PKNS, Shah Alam
Jam: 10 pagi – 9 malam
No Gerai: D 5 – D 6

Pelbagai bahan bacaan menarik boleh didapati di gerai kami. Anda juga berpeluang untuk menemui penulis-penulis One Nusantara pada:

Tarikh: 26/06/2010 (Sabtu)
Jam: 2 pm – 3 pm

Tarikh: 03/07/2010 (Sabtu)
Masa: 12 pm – 2 pm

Tarikh: 04/07/2010 (Sabtu)
Masa: 2 pm – 3 pm

Di samping itu, pihak penganjur juga akan mengadakan Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana. Program ini merupakan satu aktiviti yang mana para peserta yang berdaftar / pengunjung awam (walk in) akan diminta membawa bahan bacaan seperti buku/majalah/surat khabar dan sebagainya untuk bersantai sambil membaca bahan tersebut secara serentak seterusnya akan dicatat dalam The Malaysia Book of Records. Program ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 26 Jun 2010
Tempat: Taman Tasik PKNS, Shah Alam
Masa: 8 pagi – 2 petang
Jumpa di sana!

No comments: