PENGIKUT SEJATI

Wednesday 15 June 2011

Astana Fantasia 2: The Untold Story

Judul: The Untold Story

Penulis: Farah Husain

Genre: Urban fantasi

ISBN: 978-967-5270-92-5

Halaman: 520 muka surat

Saiz Buku: 11.5 cm x 18.5 cm

Harga: S/M RM25.90, S/S RM28.90

Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd

Peruncit: Kinokuniya (KLCC), MPH outlets


Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia



Sinopsis:

Selepas ini kau akan jadi seperti kami. Makhluk malam yang digeruni manusia. Kau tidak akan dapat merasai kehangatan matahari lagi. Hidup kau akan sentiasa kedinginan. Teman kau hanya kegelapan dan kesunyian.”

Ungkapan yang diucapkan beratus tahun dahulu rupanya bakal mengubah hidup Teja Aira. Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheretnya ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu Aira mengenali Aidan yang dingin bersama teman-temannya yang menggelarkan diri mereka Night Crawler. Melalui Night Crawler, Aira mengenali Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan.

Bagi Night Crawler, Shifter tidak ubah seperti binatang buas yang harus dihapuskan ataupun kehidupan manusia akan musnah. Bagi Shifter, mereka hanya mengikut naluri semula jadi mereka dan jika dihalang, mereka akan melawan semula. Dan bagi Custos pula, baik Shifter ataupun Night Crawler kedua-duanya berhak hidup selagi peraturan yang ditetapkan tidak dilanggar ataupun kedua-duanya akan dihapuskan.

Siapakah Night Crawler, Shifter dan Custos? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?

No comments: