PENGIKUT SEJATI

Thursday 4 August 2011

Comic Club Fantasy Blue

Judul: Comic Club Fantasy Blue

Cerita/ilustrasi: Various artist

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-63-2

Halaman: 136 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Menampilkan tiga buah cerita pendek yang bertemakan fantasi untuk si jejaka, iaitu "The Last Appendix" oleh Zaionic, "Psycho Bear" oleh Prema-Ja dan "Asura" oleh Nonworld.

The Last Appendix (Zaionic)

Vir, seorang budak lelaki yang bosan dengan kesibukan dunia telah menemui roh yang berada dalam topeng "Ghon" di dalam bilik stor di rumah datuknya. Penemuan ini telah menjadi titik permulaan pada satu pengembaraan pertarungan untuk menyelamatkan dunia ini


Psycho Bear (Prema-Ja)

Kisah seekor beruang psiko yang merancang untuk menonton wayang di sebuah panggung wayang gred B pada waktu 00:00 pagi. Tanpa diduga, suatu kisah yang mendebarkan telah bermula!


Asura (Nonworld)

Asura dan Wayu merupakan dua sahabat seguru di sebuah pusat latihan pahlawan bertopeng muka. Mereka telah berjanji akan bersama-sama memasuki upacara penerimaan topeng muka. Apabila salah satu pihak tidak mampu menunaikan janji ini, maka apakah penamat hubungan persahabatan ini?

No comments: