Salam 1 Malaysia kepada Rakyat Malaysia!!! Amboi bersemangatnya hari ini, bukan apa kerana gembira menyambut Tahun Baru Cina bersama rakan-rakan. Bermula dengan makan malam pada hari sebelum hari Tahun Baru Cina dengan famili, sahabat handai dan saudara terdekat.
Makan malam ini terdapat maksud tersurat dan tersirat yang dapat kita fikirkan bersama. Sukar untuk sesetangah keluarga dapat makan malam bersama, kerana sibuk dengan kerja-kerja dan hal-hal yang lain. Ini akan merenggangkan hubungan keluarga tanpa disedari. Makan malam ini dapat mengeratkan lagi ikatan keluarga yang terbina.
Kalendar Cina menunjukkan zodiak Cina tahun ini adalah Tahun Naga, tahun bertuah dan mempunyai kebaikan kerana Naga adalah haiwan mistik yang kuat dan tuah. Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.
Dan bahagian yang paling menyeronokkan adalah menerima Ang Pau. Seumpama dengan DUIT RAYA PUASA, Ang Pau juga begitu, sampul merah berisi duit. Tetapi bukan semua yang berhak menerima duit Ang Pau ini, mengikut budaya cina, orang yang sudah berkahwin yang boleh memberi AngPau kepada mereka yang masih belum berkahwin. Nasib anda bertuah,jika belum kawin lagi,hehehe.
Selamat Tahun Baru Cina!!!!
No comments:
Post a Comment